Wednesday, September 22, 2021
Selain aku
Tajuk : Selain aku.
Lenguh, penat dan letih. Hari-hari kena panjat tangga untuk sampai ke bilik. Lif sudah hampir enam bulan tak dapat digunakan. Baru dibaiki sebulan rosaknya berbulan-bulan. Bilik di tingkat lapan flat ini yang paling murah, apa nak buat terpaksalah beesusah payah sedikit.
Setahun menyewa disini ada cerita-cerita mistik berkenaan lif tapi aku tak percaya cerita karut marut ni. Jam ditangan tepat pukul 12 malam, badan aku terasa sangat letih, tanganku mencapai tuala dan terus ke bilik mandi. Selepas mandi aku terus menuju ke almari pakaian.
Aku terpandang ada sesuatu atas almari, bentuk macam mayat yang dibungkus. Berkali-kali aku menggosok mata seakan tak percaya. Lampu terpadam, masa inilah nak 'blackout' nya. Aku jadi gelabah, dengan masih bertuala mencari lampu picit. Mujurlah berdekatan dengan laci meja, segera aku suluh ke atas almari, aku mengurut dada kelegaan objek tersebut tiada.
Kotak fius dekat dengan pintu, perlahan-lahan aku mengundur dan cuba memeriksa. Semasa mengundur aku ternampak kelibat seperti lembaga hitam di tepi pintu dengan pantas lampu picit aku arahkan ke pintu. Mayat yang dibungkus atas almari tadi tegak berdiri betul-betul dekat pintu.
Peti suara aku seperti terkunci, puas aku cuba menjerit meminta tolong. Makhluk yang orang panggil pocong tersebut melompat kehadapan dan kebelakang memberi isyarat jangan keluar dari bilik tersebut. Tangan aku masih menyuluh tepat ke arah pocong itu sambil mengundur ke arah belakang. Aku teringat di dalam laci ada surah Yasiin.
Laci tersebut aku buka dan aku tunjukkan surah Yasiin tersebut ke arah tempat pocong itu berdiri, lampu kembali menyala dan pocong tersebut melompat menembusi pintu bilik. Aku segera memakai pakaian dan membuka pintu untuk keluar, mungkin malam ini kisah mistik mengenai cerita karut terkena batang hidung sendiri.
Aku berlari menuruni anak tangga dan pergi ke rumah abang saudara. Malam ini terpaksalah aku tidur di rumah abang saudara aku. Mana tahan pocong datang menegur. Selepas kejadian malam itu aku tidak lagi menyewa di flat tersebut. Kisah ini tidak aku ceritakan kepada sesiapa takut di labelkan karut jugak. Buat anda semua, ingatlah bahawa ada makhluk lain selain kita yang berada di muka bumi ini. Sekian.
Penulis /Karya :Juhari Shahrudin
Jari manis
Tajuk : Jari Manis
Subuh ini cuaca mendung dan aku melihat ke arah jam tangan. Jarum menunjukkan pukul 4 pagi. Aku mula menggaru kepala yang tidak gatal, bisik hatiku kemana pergi pekerja-pekerja kilang biasanya dah ada menunggu di pondok hujung jalan. Mereka belum juga muncul jam sudah pukul 5, aku menghidupkan enjin van dan bergerak melalui jalan kebun getah untuk ke tempat tinggal mereka. Laluan kebun ini tak banyak kenderaan masuk maklumlah hanya lori dan motor penduduk sekitar sahaja yang menggunakannya.
Sepanjang perjalanan aku terasa agak sunyi radio tak dapat dihidupkan kerana rosak dan telah dihantar ke kedai untuk dibaiki. Sampai disimpang tiga jalan aku terpandang kelibat dua kanak-kanak, tekaan aku usianya lingkungan 10 tahun. Eh, anak siapa pulak merayap dalam kebun getah pagi-pagi hari. Aku teringat di simpang kanan pernah ada kemalangan ngeri mengorbankan satu keluarga kerana terjatuh dalam gaung. Bulu tengkuk ku berdiri dengan tiba-tiba. Perasaanku bercampur aduk perlukah aku berhenti dan bertanya atau teruskan perjalanan.
Kanak-kanak tersebut terhendap hendap seolah mencari sesuatu yang hilang dan mereka tidak bercakap walaupun sepatah. Ah, baik aku bertanya nanti dicakap orang tak bertanggungjawab pulak. Aku berhentikan van di sebelah mereka dan turun. "Adik berdua dari mana ni, kenapa tak ditemani keluarga?" sambil menutup pintu van. Kanak-kanak tersebut memandangku tetapi tidak menjawap soalanku. Aku pun turut melihat lihat apakah barang yang mereka carikan. "Adik berdua tak takut ke bermain di kebun yang sunyi ni, marilah abang hantar balik. Langit pun gelap macam nak hujan." aku mempelawa mereka. Tiba-tiba salah seorang dari mereka memndangku dan menjawap " Tak apalah bang, ayah dengan ibu ada dekat bawah sana. Kami masih nak cari jari manis ibu."
Dadaku berdegup kencang, mereka mencari jari manis ibu mereka. Apa yang berlaku? "Eh,kenapa pulak jari manis ibu kamu boleh ada disini." tanyaku kehairanan. Kedua mereka menjawap " Kami baru kemalangan, sewaktu penduduk kampung menaikkan jenazah kami jari manis ibu masih tertinggal disini. Boleh abang tolong carikan?" Kaki aku menggeletar dan aku kaku seperti terkena kejutan elektrik, apalagi aku pun pecut ke arah van dan terus kuhidupkan dalam kelam kabut memecut keluar dari kebun getah tersebut. Sampai ke hari ini aku tak lagi masuk ke kawasan dalam kebun, biarlah pekerja kilang tunggu di pondok luar sahaja. Pengalaman ngeri yang tak dapat kulupakan sampai bila-bila, nasib aku tak kena sorok dengan hantu. Hahaha, tapi nak tergelak pun ada mana tidaknya basah seluar aku akibat terkencing ketakutan.
Penulis /Karya :Juhari Shahrudin
Tragedi
Tajuk : Tragedi.
Kriiingggg. Loceng menandakan tamat sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan Galing. Beg galas yang berisi muatan hampir 4kilo dipikul dan bergerak menuju ke pintu pagar. Sambil menarik nafas kerana kelelahan berjalan dengan rentak yang pantas, mataku tertumpu di suatu arah. Mencari cari van kuning yang akan membawa ku pulang ke rumah.
Ku lihat jam di tangan jarum menunjukkan jam sudah 5 petang, van sekolah masih tidak muncul muncul. Mungkin van rosak agaknya bisik hati kecilku. Aku masih bersabar dan mundar mandir di tempat hentian bas yang pondoknya sedikit usang. Telefon bimbit yang papa berikan rosak jadi susah lah nak hubungi beliau.
Pin pin, aku toleh ke belakang. Haaa lega van dah pun sampai. Sambil berlari lari anak aku menuju ke van, krakk pintu dibuka dan aku masuk ke dalam tapi yang peliknya mana budak budak yang lain? Ayu, isma, saravanan dan budak kelas 6 Rajin.
"Pakcik, mana rakan rakan saya yang lain?" soal aku kepada Pak Rahman.
"oh, pakcik dah hantarkan mereka. Selepas tu Ayu beritahu awak tak naik lagi, tu yang pakcik datang balik ni." Pakcik Rahman membalas ringkas.
Oleh kerana masa pun sudah lewat, beliau terus memandu menuju ke rumah ku di perumahan Sri Pandan 2 yang terletak hampir 15km dari sekolah. Seketika aku mengelamun dan terasa mengantuk.
Wahai Azim bin Siti Suraya
Wahai Azim bin Siti Suraya
Wahai Azim Bin Siti Suraya hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
Ingatlah wahai Azim Bin Siti Suraya, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.
Seketika itu aku terjaga dari tidur. Peluh dingin menitis di dahi, keringat membasahi tubuh seperti bangkit dari kematian. Nafasku tercungap cungap. Pandanganku kabur, aku mengelip ngelipkan mata melihat keadaan sekeliling. Terlalu banyak warna putih, dan dihadapanku berdiri seorang lelaki memakai cermin mata dan ditemani wanita wanita yang berpakaian biru dan hijau. "it's okay, adik tarik nafas. Jangan banyak bergerak lagi." suara lelaki dihadapanku. Jelas tapi masih dalam samar samar. Di sebelah kanan ku berdiri seorang lelaki dan wanita. Wajah nya amat ku kenali. Ya, memang amat ku kenali. "Ibu? Ayah? Apa yang berlaku, dimana saya sekarang ni. Ibuku yang menangis memeluk ku.
"Syukurlah kau dah bangun zim, mak dan ayah risau sangat." ibuku mengelap air mata di pipinya dan ayah ku mula bersuara.
"Azim, sekarang azim dalam hospital. Azim koma sudah 2 tahun. Doktor call kami sebenarnya nak cabut alat bantuan pernafasan memandangkan harapan untuk azim sedar kembali sangat tipis. Namun, ayah diberi peluang untuk baca surah yasiin untuk kali terakhir. Syukurlah, dengan berkat kekuasaan tuhan yang maha esa azim sedar dari koma.
Mendengarkan jawapan ayah membuat aku tiba tiba terasa pening dan mual. Aku muntah sepuas puasnya. Aku cuba bangun dan terasa ada sesuatu yang tidak kena. Allahuakbar, aku tidak dapat bergerak dan tangan ku juga tidak dapat diangkat.
"Bertenang azim, anggota badan awak iaitu kaki dan tangan tidak dapat kami selamatkan. Awak cedera parah dalam kemalangan ketika pulang dari sekolah. Pemandu yang bawak awak pun meninggal di tempat kejadian. Lucky you survive this even in the coma."
Airmata ku berlinang tanpa disedari, inikah ujian yang perlu aku hadapi. Aku pasrah ya tuhan ku andai ini ketentuan dari mu. Ku lihat wajah ayah dan ibu dan perlahan aku ucapkan kepada mereka." Azim redho ibu dan ayah.
Pengalaman menghadapi kematian tidak sama setiap individu. Malahan ada yang lebih tragis dan dasyat. Oleh itu, marilah kita bersama sama memperbaiki hubungan kita sesama manusia terutama ahli keluarga terdekat. Setiap detik itu adalah masa yang amat berharga. Sebelum kita dijemput untuk pulang kepangkuan nya. "Find the meaning of your existent, it will make you know the purpose of your life."
Penulis/Karya :Juhari Shahrudin
Padah yang diundang
Tajuk : Padah yang diundang.
Walaupun telah 5 tahun perkara itu berlalu namun kenangan itu masih terpahat di dalam ingatanku.
Perjalanan dari Pudu Raya ke Kluang amat lama ku rasakan. Ialah, aku tak sabar-sabar untuk melihat bandar Kluang memandangkan aku tak pernah pun menjejakkan kaki ke daerah itu. “Arghhhh….lama lagikah Ina?” soalku kepada Ina. “Alah akak nih, lepak arr…aper kater akak tido dulu. Dah sampai nanti Ina kejutkan akak ek!”
“Akak bangun kak.Dah sampai dah” “Erm…yer ker?” balasku sambil mengeliat. Wah….penantian ku berakhir. Serperti orang jakun, aku memandang ke kiri dan kanan jalan. “eh, kat sini pun ade INTAN ker?” “Wah, akak ingat Kluang nih cikai sangat ker?” marah Ina. Aku hanya ketawa. Itulah sahabatku Ina. Roomateku di semester 6. Walaupn baru 6 bulan aku mengenali dier namun kami agak rapat. Mungkin disebabkan kami nih sekepala. Walaupun Ina muda 2 tahun dariku namun pemikiran dier agak matang berbanding aku. Sesampai di pekan Kluang aku dan Ina terus menahan teksi untuk ke rumah Ina. Menurut Ina bas agak lambat ke kawasan perumahannya. Tambahan pulak ari sudah mulai lewat. Aku hanya menurut kerana aku pun tidak berapa arif tentang hal itu.
Aku disambut mesra oleh ibu Ina. Menurut Ina hanya abangnya yg sulung dan ibunya yang mendiami rumah itu. Ibunya masih bekerja di kilang begitu juga dengan abangnya. Jadi setiap pagi hanya akan tinggal aku dan Ina sahaja di rumah. “Erm...sunyi juga kawasan nih ek!” “Sini majoritinyer Cina kak, adelah Melayu but tak ramai sangat” jelas Ina padaku. “So aper aktiviti kiter esok?” “Ok...esok kiter pegi Smile” “Smile??” “Yer Smile!!” Ina meninggalkan aku ngan 1000 persoalan sambil mengeyit mata padaku.
“Akak…bangun arr!! Kata nak pegi Smile” “Alah…pegi petang2 skit tak boleh ker?” “Alah…jom arr pegi skrang!! Tak best gi lewat lewat nih”. Dengan malas aku pun bangun dari tido. “Mengacau betul…”bebelku pada Ina. Ntah aper Smile pun ntah. Dengan menaiki motosikal, aku dan Ina pegi ke Smile. “Hek eleh, supermarket ker!!” jeritku pada Ina. Ina hanya tersengih padaku. Setelah puas aku dan Ina meronda Smile, kamipun pulang ke rumah. “Nanti malam kiter pg rewang-rewang area nih ek!!” “Ok” balasku.
Sudah 4 hari aku di sini. Ini bermakna sudah 4 hari juga aku tidak menelefon Along, boyfriendku. “Akak taknak call Along ker??” Tanya Ina padaku suatu hari. “Entah arr..”Memang aku sengaja tidak menelfon Along. Aku tau jika aku menelefonnyer pon, kitaorang mesti perangnyer. Sebenarnyer dier tidak baper suka aku mengikut Ina ke Kluang. Dier lebih suka aku menghabiskan cuti semesterku di rumah. Senang nak contact katernyer padaku. Alah…alasan!!Bukannyer kau takder handset. Kalau aku balik ke rumah pon, aku jugak yang call dier. Nak harap dier call....macam2 alsan keluar dari mulutnya!!
“Akak...dengar tak aper yang Ina cakap nih” “Hah, aper dier?? ”balasku sambil mengaru2 kepala.“Berangan arr tuh...orang cakap bukannyer nak dengar” “Yer adik sayang..apernyer? ” “Kiter pegi public malam nih ek?? ” “Ok”. Lepas selesai dinner aku dan Ina menapak ke public phone. “Akak nak guna dulu ker??”. “Takper arr…Ina guna dulu. Akak mungkin lamer kot”. Sementara menunggu Ina bergayut, aku melabuhkan diri di kerusi batu berhampiran dengan public phone tuh. Huh…aku mengeluh. Walaupun hampir setahun aku bersama Along namun aku tidak membahagiakan aku. Aku mengenali Along melalui temanku. Wajahnyer yang seiras Along Spoon tuh mengamit perhatiaku yang kebetulan meminati Along Spoon. Dari sehari ke sehari perhubungan kami menjadi rapat dan akhirnyer bertukar menjadi kekasih. Walaupun Along seorang bad boy, namun aku tidak mempedulikannyer kerana padaku dier seorang boyfren yang baik, setia dan ikhlas terhadapku. Cuma yang menyedihkan aku ialah dier masih lagi seronok bergelumang dengan “dunianyer” itu. Dier masih fikir untuk hidup enjoy tanpa memikirkan masa depannyer. Bile aku menegur sikapnyer, dier mula mengatakan aku tidak pernah cuba memahaminyer. Banyak kali kami berperang besar namun akhirnyer aku jugak yang mengalah. Yer arr....saper aku di sisinyer. Mamanyer pun tidak pernah ambil peduli, aku apatah lagi. “Akak nak guna phone tak??” “erm…boleh arr... ”. “ Assalamualaikum...bleh saya bercakap ngan Along?? ”. “Waalaikumussalam...tunggu kejap ek”. “Asslamualakum” . “Walaikumussalam...awak ek!!.....Ayu nih!! ” kataku riang. Yer arr 4 hari tak mendengar suaranyer. Rindu serindu-rindunyer!! “Ai...baru ari nih nak telefon. Aper 4 ari awak buat kat sane?Menggatal?? ”aku terkejut. Begitu sekali tuduhan dier terhadapku. “Awak....saya nih menumpang rumah orang. Takkan nak ajak tuan rumah merayau malam2 semata2 nak telefon awak. Nak call awak pon, awak bukannyer reti lekat kat umah !!Nih pon ntah aper mimpi awak bertapa kat rumah!!”. “Arghh...alasan!!Handphonekan ader, call jer arr pakai handphone awak tuh”. “Awak, saya tak top up lagi phone nih....cuba arr paham skit keadaan saya kat sini!!Dah tau saya ader handphone, awak tak bleh nak call saye?? ”. “Awak nih memang, banyak sungguh alasannyer. Sikit-sikit nak harap kiter yang call. Kalau dah benci tuh cakap jer arr…tak payah nak wat 1000 alasan!!” Aku dah mula fade-up. “Ok arr wak, teruskan arr ngan sikap keras kepala awak tuh…saya dah malas nak layan!!Pap…terus aku meletakkan errr menghempas ganggang telefon. “Gaduh lagi??” tanyer Ina padaku. “Em....”aku hanya mengganguk lemah. “Sabo arr kak!!Maybe dier tengah ader problem tuh...”. “Ntah arr.. ”
Hari nih genap 6 hari aku berada di Kluang. Next week aku nak pegi ke Kota Tinggi lak. Ntah naper malam ari tuh aku rase amat membosankan. Kebetulan ibu Ina wat OT. Kalau tak bleh gak aku berborak-borak dengan ibunyer. Ibu Ina sorang yang peramah. Dier rajin bercerita terutama kisah – kisah silamnyer termasuk kisah Ina. Kekadang merah-merah muka si Ina menahan malu apabila ibunyer bercerita tentang kenakalannyer sewaktu kecil dahulu. Yang bestnyer ibu Ina nih sporting. Mungkin kerana pergaulan ibunyer dengan anak-anak muda di kilang membuatkan dier lebih memahami isi ati anak muda zaman skarang. “Akak…nak watper ha malam nih??” tanyer Ina tiba-tiba. Eh...dari mane pulak munculnya minah ni?? “Ntah...any idea??” “Kiter pergi dekat satu tempat ni nak tak??”. “Erm...dekat mana tu?" macam tempat istimewa je entah entah macan Smile tadi bisik hatiku. " Ala kak, member ada buat shooting macam Paranormal tu. Kita tengok la, akak jangan risau krew dia ramai.
Kami pun bergerak malam tu jam 8 malam ke lokasi yang dirancang. Walaupun langit agak gelap seperti hari nak hujan, kami teruskan perjalanan dengan motor melalui denai denai. Hmm, agak seram jugak lah laluan ke tempat tu. Pommm, kami melayang layang motor yang dibawa ina gagal dikawal. Gedegang, terbabas langgar pokok sawit. Nasib kami sempat rebah dulu sebelum melanggar pokok tu, kalau tak hmm jawabnya pengsan la kat situ. "sorry sorry, kak tak apa apa ke?" ina dengan nada yang cemas memandangku. "aduii, sakitnya kaki aku, apehal ni tiba tiba terbabas."aku membalas dalam keadaan mengerang kesakitan." sorry kak, tayar depan pancit kot. Ada bunyi meletop tadi. Jap saya angkat akak bangun. " aku dipapah oleh ina ke tepi jalan dan selepas itu dia menyorong motor dan menongkatnya.
" Ahah betul la kak, tayar depan bocor. Alahai rim dia pun dah bengkok. Apa kita nak buat sekarang ni kak."
Mataku terkebil kebil melihat ke arah tayar motor. Iyelah, bukan salah ina mana lah dia tau tayar tu nak pancit bila.
"Cuba ina call member yang dekat tempat dia shooting tu, agaknya boleh tak dia tolong kita ni. Aku rasa seram sejuk la kat sini, dalam perjalanan tadi aku nampak tepi semak ada sesuatu yang memerhati. Tapi aku tak pasti lah benda apa tu." "alah, akak jangan la buat suspen waktu waktu macam ni. Ina takut ni, mak pernah cerita dekat sini dulu tapak kem tentera jepun." ina mula mengecilkan suaranya dan ketakutan sambil menceritakan sejarah tempat tu.
" Hish, akak cakap menda betul la. Tadi memang ada benda kat semak belakang tu. Cuma tak berapa jelas. Dah la, ina call dulu kawan ina tu.
Lalu ina bingkas bangun mencari cari beg yang diletak dalam raga mungkin tercampak waktu terjatuh dari motor tadi. Dia membongkok dan sesekali terhendap hendap ke dalam semak tersebut. Tiba tiba dia menjerit dan berlari ke arah aku dan memegang badan aku.
"hey kenapa ina, jangan lah usik akak. Berdiri habis semua bulu roma ni." aku terkejut dengan tak semena mena bau menusuk hidung. Bau nya seakan akan bau mercun yang telah dinyalakan. Srekkkk srekkk srekkk, bunyi seperti kaki melangkah di atas rumput dan lalang. Kami tercegat dan hampir pengsan. Satu lembaga memakai baju tentera di hadapan kami dan bajunya berlumuran dengan darah. Kepalanya tiada yang kelihatan cuma bahagian lehernya. Sruuut, darah memancut mancut keluar dari bekas lehernya yang bekasnya seperti di potong dengan senjata tajam.
Kami kaku, nak bangun nak lari nak terkencing semua ada. Perasaan bercampur aduk sama ada nak menjerit atau pecut sekuat hati. Namun aku teringat yang kaki aku masih sakit dah tentu ina sorang je yg lepas. Aku beranikan diri melangkah kebelakang nak menarik ina sekali.
Lembaga dihadapanku tak lain tak bukan mesti askar jepun yang dipotong kepalanya. Mungkin dipotong oleh orang kampung atau rakannya sendiri yang memotong.
Hantu jepun tersebut melangkah perlahan lahan, tapi arahnya ke seberang semak di sebelah kanan ku. "ina, aku rasa dia tak nampak kita lah. Dia mana ada kepala." aku berbisik perlahan. "ina pun rasa macam tu lah kak, habis tu kita nak lari ke macam mana ni. Ina takde hal nak pecut, tapi bimbang akak la tertinggal nanti. Kaki akak pun tengah sakit tu." ina memberi idea walaupun masa tu aku tengok muka dia dah pucat.
Apa kata kita tengok dulu dia lepas ke sebelah tu, baru kita lari.
Bunyi motor sayup sayup di belakang, semakin lama semakin dekat. Kami berdua mengalihkan pandangan ke belakang. Bukan main lega rasanya, nasib baik lah ada orang guna jalan ni. Eh, terlupa pulak hantu jepun kat depan kami ni. Cepat cepat aku toleh ke depan semula, aikk mana hilangnya hantu jepun tu.
"Assalamualaikum, kenapa ni. Eh ina, bila kau balik." suara lelaki separuh usia menyapa kami. Kepalanya berkopiah, berbaju Melayu. Mungkin baru balik dari masjid.
"Eh Pak Ngah, syukur lah pak ngah lalu. Kami eksiden, tayar tiba tiba pancit lepas tu...." Suara ina terketar ketar. Dia menoleh ke tempat hantu jepun tadi berdiri. Sambil menggosok gosok matanya, hantu jepun tu dah hilang.
"Hah, lepas tu apa? Dah dah meh kita tolak motor tu ke rumah Pak ngah. Esok pagi baru balik ke rumah, dekat rumah nanti Pak Ngah telipon mak kau." lelaki tu pak sedara ina rupanya. Kami sama sama menyorong motor untuk ke rumah beliau. Dalam perjalanan berbagai cerita tentang kawasan tu kamk dengar, rupanya bukan kami je pernah terserempak lembaga hantu jepun tu. Penduduk situ kiranya macam dah lali dah, sebab nya tak pernah lagi la timbul kerasukan atau gangguan dari hantu jepun tu. Dia cuma melintas masuk ke semak semak lepas tu hilang. Katanya lagi, kalau orang tu lemah semangat baru dia muncul. Kalau orang pemberani dia tak muncul lah.
Kisah ni aku ceritakan dekat boyfren aku si along. Hmm, tau tak apa respon dia. Ada ke patut dia gelak, katanya kenapa tak ajak jepun tu kawad kaki. Mentang mentang la aku ahli Kadet dia boleh melawak pulak. Siyess memang geram la dengan perangai dia tu, tapi apa boleh buat salah aku jugak yang merayap malam malam dengan si ina tu. Kebun sawit pulak tu. Hishh ngeri.
Korang tu haa yer korang laa, pergi ke tempat orang jangan laa merayap tak tentu hala. Kang tak pasal pasal jumpa hantu jepun. Hahaha serik do.
Penulis /Karya :Juhari Shahrudin
Khianat ep 2
Tajuk : KHIANAT (episod 2)
Sani meletakkan motornya sedikit jauh di tepi bangunan hadapan restoran Nasi Kukus Mak Onah. Dia memerhati keadaan sekitar dengan penuh hati hati. Kain kuning berisi paku tersebut dibawa sambil terbongkok bongkok menuju ke bahagian depan kedai. Di situ ada tangga dan sedikit kawasan yang bertanah. Dia mengeluarkan pisau kecil untuk mengorek tanah lalu memasukkan kain kuning tersebut. Lantas selesai menanam bungkusan tersebut dia terus menuju ke tempat motornya di parkir. Sempat dia menoleh ke arah kedai Mak Onah dan seraya berkata
"Nasib kau la Bidin lepas ni, baru kau tahu siapa aku. Ini Sani laa, mampus kau."
Pagi itu jam 5, Bidin sudah pun sampai di kedai bersama Nora. Kebiasaannya dia akan singgah ke pasar dahulu, namun hari itu dia terasa hendak terus ke kedai. Perasaan dan jantungnya berdebar debar. Dia menaiki anak tangga pertama, kedua dan......." aduhh, sakitnya dada. Kak! tolong kak." Bidin terjatuh dari tangga dan meminta pertolongan Nora.
"Bidin, ya allah kenapa ni." Nora cemas dan berlari ke arah Bidin.
Nora memapah Bidin masuk ke dalam kedai.
"Tak tahu lah kak, dada Bidin rasa panas dan sesak nafas. Mata jadi kabur dan pitam." Bidin menjawab lemah.
Nora mengeluarkan telefon pintar nya dan menghubungi ambulans.
Sudah 7 hari Bidin dimasukkan ke dalam wad. Kini dia terlantar disitu. Doktor telah membuat pemeriksaan rapi dan hasilnya amat mengejutkan. Bidin tiada sebarang komplikasi dan penyakit. Semuanya normal, apa yang menghairankan lagi hasil pemeriksaan X-ray tidak menunjukkan radang paru paru.
Hari ke-lapan, Mak Onah datang membawa seorang lelaki yang perwatakan nya seperti seorang ustaz.
"Assalamualaikum Bidin. Saya ustaz Hambali. Bagaimana keadaan Bidin sekarang." ustaz Hambali menyapa Bidin.
"Waalaikumsalam ustaz, saya masih rasa panas di dada dan ketika saya tidur saya bermimpi didatangi seorang perempuan tua. Dia menikam dada saya dengan paku, kemudian dia menghisap darah yang mengalir dari dada saya ustaz." Bidin menceritakan keadaan dirinya.
" Hmm, Mak Onah. Bidin ni pada pendapat saya dia terkena sihir. Boleh tak kita mintak untuk Bidin dikeluarkan dari wad dan bawak balik ke rumah. Saya akan buat rawatan di rumah." ustaz menbuat permintaan kepada Mak Onah.
"Boleh ustaz, saya akan uruskan." Mak Onah menjawab dalam nada yang sedih.
Hari khamis malam Jumaat rumah Mak Onah dihadiri ramai orang. Mereka adalah budak budak tahfiz yang dibawa oleh ustaz untuk bacaan tahlil. Selesai bacaan Yaasin ustaz memulakan rawatan dengan bacaan Rukyah dan tiba tiba Bidin melompat dan menjerit.
"Panas, panaaas. Pergi kau dari sini, aku tak suka kau datang rumah aku."
"Wahai jin yang berada dalam badan Bidin, aku datang untuk merawat Bidin. Siapa yang menghantar kau untuk membuat angkara." ustaz Hambali memulakan sesi dialognya.
"Kau tak perlu tahu, aku di suruh untuk membuat lelaki ini merana. Dia jahat dan berdosa." Bidin menjawab dengan nada yang keras.
"Bukan tugas kau untuk meletakkan siapa berdosa atau tidak aku perintahkan kau keluar dari badan lelaki ini, jika tidak akan ku hancurkan kau dengan bacaan ayat suci Al quran." ustaz memberi amaran kepada jin tersebut.
Ustaz Hambali memulakan bacaan, seketika Bidin terlompat lompat dan adakala dia mengilai. Setengah jam sudah berlalu, akhirnya Bidin kelihatan mulai lemah dia kini cuma berguling guling di atas lantai. Matanya terbeliak ke atas yang kelihatan hanya mata putih nya.
"Cukup, cukup. Aku dah tak tahan lagi. Baiklah aku akan tinggalkan budak ini tapi dengan satu syarat." jin tersebut sudah mula lemah dan meminta ustaz berhenti.
"Apa syarat kau wahai jin durjana." ustaz menyoal jin tersebut.
"Aku mahu di pindahkan ke hutan. Tuan aku sudah tidak mahu membela aku lagi. Kau gali di depan kedai budak ni dan ambil paku tersebut. Buang bersama aku di hutan. "
Dengan pantas ustaz menjawab "Baiklah aku setuju asalkan kau keluar dari tubuh budak ni."
Ustaz mengeluarkan botol kaca yang kosong dan memerintah kan jin tersebut masuk ke dalamnya lalu jin tersebut keluar dari badan Bidin. Kepulan asap berwarna putih seperti asap ubat nyamuk dilihat masuk ke dalam botol. Ustaz Hambali cepat cepat menutup botol itu dan menyimpan nya ke dalam sebuah beg.
Malam itu juga Mak Onah, Nora dan Ustaz Hambali bergegas menuju ke kedai. Tanah di hadapan tangga di gali dan dikeluarkan kain kuning berisi paku tersebut.
"Mak Onah, saya akan bergerak malam ini ke hutan yang terdekat. Selepas ni in shaa allah takde apa masalah dah. Kalau ada apa apa berlaku boleh hubungi saya segera." ustaz Hambali memberi pesanan kepada Mak Onah.
Van putih Hiace Toyota bergerak dan berlalu pergi, kini tinggal Mak Onah dan Nora di kedai tersebut. Masing masing tidak menyangka ada yang sanggup khianat dengan melakukan perbuatan sihir kepada mereka. Persoalannya, kenapa Bidin? Kenapa bukan orang lain. Sebulan selepas kejadian itu, heboh di kawasan semak berhampiran seorang lelaki ditemui mati. Pihak berkuasa memaklumkan bahawa lelaki tersebut mati kerana terlebih dos. Lelaki yang dimaksudkan ialah Sani. Beliau adalah penagih dadah yang baru bebas dari pusat pemulihan, rupa rupanya beliau baru 3 bulan dibebaskan. Mayatnya telah dimakan oleh anjing dan matanya telah dikorek oleh tikus. Dipercayai, dia sudah pun mati hampir seminggu.
Ingatlah balasan perbuatan khianat itu kadang kadang dibalas di atas dunia dan jangan sesekali terlibat dengan perbuatan syirik.
TAMAT.
Penulis/Karya: Juhari Shahrudin
Khianat ep 1
Tajuk : Khianat. (Episod 1)
Sani merasa haus puas sudah dia merayau mencari kerja kosong di Bandar Kuantan. Namun hampa. mentari pun semakin tegak di atas kepala. Dia mengesat peluh di dahi dan berjalan menuju ke restoran berhampiran. Lebih tepat lagi restoran Nasi Kukus Mak Onah. Restoran tersebut menjadi perbualan di internet, tular di media sosial mutakhir ini.
Apa yang menariknya gulai yang disajikan sangat istimewa. Iya, gulai daging rusa dan sambal cili nya yang pedas. Sejak ianya dibuka pengunjung berbondong bondong datang ada yang bungkus ada juga yang makan di situ. Sani memilih untuk duduk berhampiran kaunter, bagi dia bukan nasi kukus yang jadi tumpuan tetapi anak Mak Onah, namanya Nora.
“Nora, bagi abang air sirap limau satu dan nasi kukus spesial satu.” Sani membuat pesanan dengan nada yang manja.
“Kejap yer Abang Sani, Nora nak kira duit baki pelanggan sekejap.” Nora nampaknya sedang sibuk mengembalikan duit pelanggan.
“Wah, semakin sibuk restoran ni kan patutlah kita ni dah tak dilayan macam dulu.” Sani seolah memperli Nora.
“Mana ada abang Sani, sama je macam dulu jugak. Cuma sekarang ni semenjak Nora iklan kan dalam media sosial memang sambutan agak menggalakkan. Sampai tak menang tangan dibuatnya.”
Adik kepada Nora bernama Bidin tidak begitu mesra dengan pelanggan apatah lagi si Sani, dia menjeling kepada Sani seperti tidak berpuas hati. Sebenarnya, dulu dia pernah berkawan tetapi mereka berselisih faham ketika di alam persekolahan dulu.
“Oi Sani, kau tak payah nak mengada sangat lah. Kakak aku tengah sibuk tu. Kau nak aku ambilkan order ke?” Bidin mencelah perbualan antara Sani dan Nora.
Sani buat buat tak dengar dan berpaling ke arah lain dalam hatinya kalau bukan disebabkan aku suka dekat Kakak kau dah lama aku hempuk dengan kerusi ni.
Malam itu Sani menaiki motor ke rumah Pak Mat, beliau bomoh yang terkenal. Rumahnya terletak bersebelahan dengan Kampung Sani iaitu Kampung Belukar. Sani menongkatkan motornya dan memberi salam. “ Assalamualaikum, assalamualaikum Pak Mat.”
“Wa’alaikumsalam, hah ada apa Sani. Meh masuk ke dalam.” Pak Mat menjawab salam si Sani dan menjemputnya masuk.
“Saya datang ni nak mintak Pak Mat tolong saya ni. Saya ada tak puas hati dengan budak ni. Dulu dia pernah curi basikal saya.” Sani memberitahu hajat kedatangan nya ke rumah Pak Mat.
“Habis tu kau nak aku buat apa?” Pak Mat membalas ringkas.
“Alaa, Pak Mat kan bomoh terer dalam Kampung ni, berapa pengerasnya saya bayar la Pak Mat. Kalau boleh saya nak biar dia rasa sakit nya hati saya ni.”
“Hmm, aku boleh buat supaya dia merana, tapi…..” Pak Mat terdiam sebentar.
“Tapi apa Pak Mat?” Sani bertanya kerana Pak Mat seolah nya sedang memikirkan sesuatu.
“Ini last aku buat kerja bomoh ni, aku dah cuci tangan. Esok aku nak ke rumah anak aku di Sungai Soi. Cucu aku nak bersunat.”
Pak Mat mengambil sesuatu dari dalam almari dia membawanya keluar penuh hati hati. Di letakkan di atas lantai. Tepak bara berwarna kehitaman di nyalakan. Baranya merah dan ditaburkan dengan kemenyan. Dikeluarkan keris kecil dari poket bajunya dan mulutnya terkumat kamit membaca jampi serapah. Kemudian, dia mengeluarkan kain berwarna kuning dan di dalamnya terdapat paku yang panjangnya hampir 7 inci. Matanya merah, dia merenung ke arah paku tersebut.
Lalu terasa seperti angin sejuk menerpa masuk ke dalam rumah. Sani hanya diam membisu tidak berani bertanyakan apa apa. Suasana hening itu menjadi bertambah seram apabila lampu tiba tiba terpadam. Sani terdengar ada bunyi menderam dari arah belakang, di dalam rumah tersebut gelap gelita. Grrrrrrr, grrrrrrrrrrrrrrrrr.
“Siapa yang menyeru akuuuuuuuuu. Hihihihihihihi” suara seorang wanita dari belakang Sani.
“Aku yang panggil. Malam ini aku berkehendakkan kau masuk ke dalam paku ni. Tugas kau ialah bunuh siapa yang melangkah paku ini.” Pak Mat memberi arahan kepada suara tersebut.
“Boleh, tapi aku mahukan ganjaran.” Suara itu meminta sesuatu dari Pak Mat.
“Apa yang kau nak?” Pak Mat menyoal.
“Aku mahukan sedikit darah dari pemuda ini” suara itu mahukan darah dari Sani.
“Sani, hulurkan ibu jari kaki kau ke depan. Berlunjur, tak banyak dia nak sikit je.” Pak Mat berbisik perlahan kepada Sani.
Sani yang ketakutan hanya menurut sahaja perintah dari Pak Mat, dilunjurkan kakinya ke depan. Terasa pedih ibu jari kakinya seperti dicucuk jarum. Suasana masih lagi gelap, Sani hanya Nampak kelibat Pak Mat tetapi dalam samar samar di sebelah Pak Mat ada susuk tubuh seperti perempuan tua. Bongkok dan rambutnya putih. Lutut Sani menggeletar namun ditabahkan hatinya semoga cepat selesai. Baginya, dendam kepada Bidin lebih utama.
Selesai sahaja upacara tersebut Pak Mat menyalakan kembali lampu. Sani cepat cepat kembali bersila. Ibu jarinya dibelek belek, memang ada kesan seperti lebam dan sedikit darah masih mengalir. Badan Sani terasa sejuk peluh membasahi bajunya.
“Kau ambik paku tu, tanam dekat mana budak tu selalu ada. Eloknya kau tanam lah waktu malam. Lagi bagus kau pergi tanam sekarang.” Pak Mat menyuruh Sani agar menanam paku tersebut di tempat Bidin selalu datang.
“Dia selalu ada dekat restoran mak dia Pak Mat. Baiklah sekarang saya pergi tanam.” Sani mengambil bungkusan kuning berisi paku tersebut dan menghulurkan wang RM100.00 kepada Pak Mat dan cepat cepat pergi ke arah motornya. Broom, motor dihidupkan dan dia memecut menuju ke restoran Nasi Kukus Mak Onah.
Penulis /Karya :Juhari Shahrudin
Pengasih
Tajuk : Pengasih.
Datin Suriana : "Hello, you ingat i tak tau you ada skandal dengan budak pejabat you tu. Depan i bukan main lagi pijak semut pun tak mati budak tu. Apa nama dia Fiqah kan?"
Dato Muza : "Apa you merepek ni, i tak pernah la skandal sana sini. I cuma bantu fiqah tu, lagi pun dia anak arwah Pak Tam driver i dulu tu. You ni suka betul la cemburu buta. Jangan suka dengar cakap orang."
Perbualan tersebut didengari oleh anak sulung Dato Muza si Mizani. Cepat cepat Dato Muza beredar dan terus masuk ke bilik.
Mizani :" Ada apa mama kecoh kecoh pagi ni? Mizani bukan nak masuk campur urusan papa dengan mama cuma apa apa kita boleh bawak berbincang. Mizani sedia mendengar."
Datin Suriana :"Eh takde apa lah Zani, papa dengan mama ada selisih faham sikit. Don't worry lah. Zani nak makan? “
Rumahtangga Datin Suriana akhir akhir ini semakin retak, puncanya Dato Muza jarang pulang ke rumah dan ada yang menyampaikan Dato rapat dengan Fiqah kerani di syarikat Muza Resources Sdn Bhd.
Datin Suriana :"Hello, Suhaila. Aku ni Sue. Petang nanti kau free tak?
Suhaila :" Ada apa kak? Boleh je petang ni."
Datin Suriana :" Ok. Pukul 2 petang aku ambil dekat rumah."
Tepat jam 2 petang Datin Suriana sampai di rumah Suhaila dengan pemandunya. Suhaila pun masuk ke dalam Vellfire warna putih tersebut menuju ke lokasi lain.
Datin Suriana :" Suhaila, kau ingat lagi tak rumah Pak Berahim.
Subaila :"Ingat, kenapa?"
Datin Suriana :"Apa lagi, pasal Dato la. Aku nak mintak biar Pak Berahim buat si Muza tu tunduk dekat aku. Sejak akhir akhir ni dia jarang balik ke rumah ada skandal la tu. Kau ingat tak dulu sebelum ni kan dia playboy."
Suhaila :"Oh itu masalahnya."
Suhaila menunjukkan jalan ke rumah Pak Berahim. Sampai di situ Pak Berahim menjemput mereka masuk. Datin Suriana menceritakan perihal rumahtangga beliau dan meminta Pak Berahim membantu nya.
Selesai sahaja mereka terus pulang.
Datin Suriana pagi itu membuat air kopi dan direndamkan tangkal yang diberi Pak Berahim. Sambil matanya membaca secebis kertas, jampi mentera selesai dibaca dan dihembuskan ke air tersebut.
Dato Muza :"morning, hai dah lama saya tak nampak awak ke dapur buatkan air untuk saya."
Datin Suriana :"Eh takde apa lah, i sekarang nak berubah nak jadi isteri yang terbaik untuk you dan anak anak."
Dato Muza menghirup air kopi itu sambil matanya masih tertumpu membaca surat khabar. Sesekali ditiupnya dahulu airnya masih panas.
Malam itu Dato Muza tidak keluar dari rumah. Kepalanya rasa berat. Dia turun ke bawah untuk ke dapur dan membuat segelas air. Di tangan nya ada sebekas ubat, dia mencari cari ubat darah tinggi. Panggg, tiba tiba gelas yang dipegangnya terjatuh. Dia terperanjat kerana di hadapan beliau muncul isterinya.
"Eh, bila awak turun?" soal Dato Muza kehairanan. Datin Suriana tidak berpaling dan tidak pulak menjawab.
"Sue, jawab lah saya tanya ni. Kalau nak bergurau pun jangan lah tengah tengah malam macam ni. Awak kan tahu saya ada lemah jantung."
Datin Suriana masih tercegat di situ, tiba tiba dia memusingkan kepalanya. Apa yang lebih mengejutkan badan nya masih menghala ke arah bertentangan. Kepalanya berpusing 360 darjah. Dato Muza ketakutan, siapa dihadapan dia sekarang. Mustahil manusia boleh buat perkara itu. Pusingan kepalanya jugak mengeluarkan bunyi seperti tulang yang patah. Wajah Datin Suriana pucat matanya merah, lidahnya terjelir. Panjang lidahnya menyentuh ke paras lutut. Dato Muza terasa jantungnya semakin kencang. Peluh menitis mencurah seperti air paip. Suaranya terlekat di kerongkong dan akhirnya... Dato Muza memejamkan matanya.
Keesokan harinya, sanak saudara serta sahabat sahabat Dato Muza datang berkunjung untuk menziarahi. Iya, menziarahi jenazah Dato Muza. Beliau telah disahkan meninggal dunia jam 4 pagi. Apa yang menjadi misteri ialah Datin Suriana tidak ditemukan. Jejaknya cuba dikesan oleh unit anjing pengesan polis. Namun ianya menemui jalan buntu.
Kisah ini telah pun setahun berlalu. Mizani anaknya telah dimasukkan ke hospital kerana gangguan mental. Dia mengatakan bahawa arwah ayahnya sering datang dan berbual dengan nya di bilik. Keadaan dia semakin teruk sehingga Suhaila terpaksa menghantar nya ke hospital sakit jiwa untuk rawatan.
Berita penemuan rangka tulang manusia di Bukit Mewah gempar dan kecoh. Pihak berkuasa mengesahkan bahawa hasil ujian DNA rangka tersebut adalah milik Datin Suriana. Kematiannya tidak dapat dipastikan, namun tiada unsur jenayah. Rupanya, Pak Berahim bukan sekadar membuat pengasih, tetapi dia telah memberi sakanya kepada Datin Suriana tanpa disedari. Jampi mentera tersebut bertujuan untuk si penerima saka tersebut didampingi oleh saka yang bernama Hantu Raya.
Jangan mudah mempercayai bomoh dan menggunakan jalan khurafat untuk kebaikan rumahtangga, kerana pengakhiran nya tidak lah seperti yang dijangka. Solat dan istiqamah adalah jalan yang terbaik. Semoga menjadi pedoman anda semua.
Penulis / Karya : Juhari Shahrudin
Buka atap
Tajuk : Buka atap.
Kisah ini terjadi lebih kurang 26 tahun lalu di sebuah Felda di negeri Pahang. Muncul seekor harimau belang memasuki sebuah rumah ketika bulan penuh dan cahayanya cukup cerah seperti lampu rumah.
Keluarga yang tinggal di rumah tersebut tiga orang perempuan dan seorang ibu tunggal yang bernama Mak Senah. Anak sulung Mak Senah bernama Zanisa sedang sarat mengandung, suaminya pula bekerja di Kuantan jadi malam itu mereka anak beranak tidur lewat. Kebetulan Mak Senah demam dan badannya agak panas, jadi adiknya Zarida dan Zanira bergilir menjaga Mak Senah.
Zanisa :" Esok kita mesti bawak mak ke hospital, dah seminggu mak demam tak sembuh sembuh."
Zarida :" Betul tu kak, Pak Zain pun cakap macam tu. Dia dah ikhtiar buat air tawar tapi mak macam ni jugak."
Zanira :" Alahai kak, bukan kami taknak bawak mak ke hospital, masalahnya bila kami cakap nak bawak ke hospital mak tu meraung menjerit jerit taknak taknak. Kami taknak paksa kak." perbualan mereka terhenti seketika kerana terdengar seperti bunyi ketukan di pintu dapur rumah.
Zanisa memandang adik adiknya dan memberikan isyarat senyap dan menunjukkan ke arah pintu dapur. Zanira yang paling bongsu sudah pun merapat ke arah kakak kakaknya. Bunyi tersebut semakin kuat mendengus dan bergerak mengelilingi rumah. Sesekali bunyi cakaran di dinding rumah. Maklum sahajalah rumah di Felda ketika itu masih ada yang asal iaitu diperbuat daripada kayu. Kelibat bayang seperti berdiri di tingkap papan tersebut dapat dilihat dengan jelas, kerana cahaya bulan penuh daripada luar dapat masuk melalui celah celahan papan namun dengan tiba tiba Mak Senah bangun dan merangkak ke arah pintu dapur sambil berkata "Awok datang yer, kawan lama doh tunggu. Ngape lambat benor awok nok nyampei ke rumoh kawan ni." Mak Senah berbicara dengan makhluk di luar rumah dalam loghat Pekan, Pahang.
Zanisa dan adik adiknya saling berpandangan. Perasaan seram mula menerpa, jantung berdegup kencang. Mulut mereka seakan terkunci. Namun Zanisa gagahkan juga untuk bersuara dan dia amat bimbang tentang fenomena tersebut. Inilah pertama kali selepas arwah ayahnya Pak Osman meninggal dunia ibunya bercakap cakap dengan entiti yang tidak diketahui.
Zanisa :" Mok bercakap dengan sape tu? Mok kan tak sihat lagi meh baring kat lembek ni."
Mak Senah :"Kawan bercakap dengan aboh awok ler, mok dengor suara dia tadi suruh bukok pintu ni" Mak Senah menjawab sambil telunjuk nya menunjukkan ke arah pintu dapur.
Zanisa :"Mok, aboh kan doh lame takde. Dia doh meninggal 10 tahun lepas dekat ladang kena baham dengan harimau."
Mak Senah bingkas bangun dan membuka pintu dapur. Zanisa dan adik adiknya tergamam kerana yang berdiri di hadapan pintu tersebut seekor harimau belang dengan ketinggian seekor anak lembu yang sedang merenung ke arah Mak Senah, sesekali matanya meliar melihat ke dalam rumah.
Perlahan lahan harimau itu masuk dan menuju ke arah Zanisa dan adik adiknya. Namun langkah harimau tersebut terhenti.
Mak Senah :"Tak payoh nok menengok cucu kawan yang bakal lahir tu, deme tu mane kenal awok. Meh sini kita borok meh"
Harimau tersebut menuju ke arah Mak Senah dan menjilat tapak tangan Mak Senah. Kemudian setelah hampir 10 minit berlalu harimau tersebut keluar dan hilang dalam semak. Mak Senah menutup kembali pintu dapur dan merangkak kembali ke tempat tidur seolah olah tiada apa apa yang berlaku.
Keesokan harinya Zanisa menyuruh adiknya ke rumah Ustaz Midon dan meminta beliau datang ke rumah dan menceritakan perkara yang berlaku. Ustaz Midon berjanji akan datang ke rumah selepas zohor.
Tengahari itu hujan renyai renyai Ustaz Midon sampai ke rumah Mak Senah dengan menaiki motor.
Ustaz Midon :"Assalamualaikum, ape kabo Zanisa, gayenyer macam doh tak lame nok bersalin tu." sambil menjeling ke arah perut Zanisa.
Zanisa :"Waalaikumsalam ustaz memang tak lame doh kalau ikutkan 10hari lagi bersalin laa doktor kabo. Jemputlah masuk ke rumoh ni ustaz. "
Ustaz Midon turun dari motornya dan berjalan perlahan lahan matanya terlihat sesuatu di atas tanah. Beliau tunduk dan memeriksa kesan di atas tanah tersebut. Kesan tapak kaki harimau dewasa. Dia memejamkan matanya sebentar dan membaca sesuatu. Lalu dikeluarkan plastik dari beg yang dibawanya, garam, lada hitam bercampur bertih ditabur.
Ustaz Midon :"Zanisa, awok panggil adik adik awok kesini sekejap."
Zanisa :"Bakpe ustaz? Baik saye panggil jap." Zanisa memanggil kedua adiknya dan mereka berlari lari anak ke arah Zanisa.
Ustaz Midon :"Gini, kawan nok kabo berita yang menyedihkan ni. Kawan harap awok semua bertabah lah yer. Suami awok mane Zanisa?
Zanisa :" Dia dalam perjalanan balik ke sini, kejap lagi sampai la tu."
Ustaz Midon :"Baiklah kalau gitu, mok awok ni sebenornya doh meninggal lebih kurang dua tiga hari doh. Jadi kawan nok panjat ke atas nok bukok atap sekeping. Kawan nok apa apa bunyi yang datang dari dalam rumoh jangan pedulikan waima mok awok menjerit sekalipun. Faham yer."
Air mata ketiga tiga beradik tersebut tiba tiba mengalir dan masing masing menahan sebak. Zanisa cuma mengangguk tanda setuju.
Ustaz Midon memanjat rumah tersebut bagi mencabut sekeping atap kemudian beliau turun semula dan melaungkan azan di setiap penjuri rumah. Azan yang pertama membuatkan Mak Senah menjerit jerit, azan kedua bunyi barang barang di dalam rumah dilemparkan ke dinding, azan ketiga rumah tersebut seakan bergegar gegar seperti hendak roboh dan azan yang terakhir bunyi jeritan yang panjang dari dalam rumah, tetapi jeritan itu bukan suara Mak Senah tak lain tak bukan bunyi harimau mengaum seperti kesakitan.
Suasana kembali tenang dan kebetulan itu juga suami Zanisa sampai. Ustaz Midon mengarahkan beliau memanggil orang masjid untuk menguruskan mayat Mak Senah dan menyempurnakan jenazahnya. Iya, ketika mereka semua masuk ke dalam rumah bau yang sangat busuk menerpa ke hidung. Mayat Mak Senah hitam dan seolah olah tinggal rangka. Sebelah kiri badannya sudah tidak berdaging, terlihat kesan seperti digigit dan dicarik carik kan oleh haiwan iaitu harimau.
Selesai solat jenazah dan dikebumikan Ustaz Midon menceritakan kepada anak anak Mak Senah bahawa selama ini yang tinggal bersama mereka adalah saka dan saka itu datang dengan menjelmakan diri sebagai harimau. Mungkin arwah Mak Senah ada membuat perjanjian dengan makhluk jin tersebut.
Janganlah kamu berdamping dengan makhluk jin kerana sebaik baik jin adalah sejahat jahat manusia. Jangan bersekutu dengan jin kesudahan nya amat tragis. Sekian.
Penulis /Karya : Juhari Shahrudin
Suamiku bukan suamiku
Tajuk : Suamiku bukan Suamiku
Pagi itu Laila menyiapkan makanan untuk bekalan suaminya Razif. Laila meletakkan bekalan tersebut di samping barang barang memancing suaminya sambil berkata
"Bang berapa hari trip memancing kali ni?"
"Tiga hari je, tak lama sebab cuaca tak berapa ok sekarang. Kenapa, awak nak ikut ke?" Razif membalas sambil tersenyum.
"Ishh taknak laa, abang tak ingat ke Laila sepanjang trip memancing tu asyik muntah muntah je. Sampai dah tak daya dah." Laila menjawab dengan nada perlahan.
Razif menyandang beg dan membawa barang barang keperluan menuju ke kereta BMW 320i nya. Laila hanya mengekori Razif. " Jaga diri elok elok yer, apa apa call abah atau mak. " Razif memberikan pesanan sambil mencium pipi Laila.
Hari telah pun berlalu, kini Laila menanti kepulangan suaminya seperti yang dijanjikan. Razif mengatakan trip memancing kali ini cuma tiga hari. Laila melihat lihat ke arah jam dinding sudah menunjukkan jam 9 malam. Hati Laila gelisah dan jantungnya berdebar debar, maklumlah duduk di rumah berseorangan. Perkahwinan Laila dan Razif sudah pun hampir 6 tahun tapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Mereka telah pun berusaha dari segi perubatan moden dan tradisional. Namun tidak membuahkan hasil.
Hujan agak lebat mungkin musim tengkujuh sudah sampai. Laila masuk ke bilik air dan mencuci muka sambil menyanyi lagu empat dara duduk di tepi sungai. Sedang Laila menyanyi tiba tiba terdengar bunyi pintu depan rumah dihempas dengan kuat. Laila terperanjat dan sempat menjerit. Dia cepat cepat mengelap mukanya dengan tuala dan pergi ke arah pintu bilik. Laila membuka pintu bilik dengan perlahan lahan dan mengintai intai ke ruang tamu.
"Eh abang, bila sampai. Kenapa basah kuyup ni." Laila memerhatikan keadaan suaminya yang serabai dan comot.
Razif tidak menjawab dia masih berdiri tegak di hadapan Laila, mukanya tidak kelihatan dengan jelas kerana ditutupi rambutnya yang panjang. Laila merasakan ada sesuatu yang tak kena. Kereta BMW tiada di dalam garaj. Laila mengundur ke belakang dan cuba untuk tidak panik. Kilat sabung menyabung, guruh berdentum kuat. Bekalan elektrik terpadam. Laila menjerit dan meraba raba ke arah biliknya. Pintu bilik dapat dicapainya, Laila dengan pantas menutup pintu bilik. Keadaan gelap gelita, Laila mencari cari telefon pintar di atas katil.
Pintu bilik diketuk bertalu talu, Laila semakin cemas. Laila cuba berfikiran rasional adakah itu Razif atau pun bukan. Mustahil Razif, suaminya bukan seorang yang suka berlawak jenaka apatah lagi 'Prank' seperti di negara barat. Sambil beliau mencari cari telefon pintarnya terdengar bunyi seperti suara mendengus di dalam bilik tersebut dan tiba tiba tangannya ditarik dan badannya dipeluk oleh sesuatu. Laila menjerit meminta tolong, tetapi sayangnya rumah beliau agak jauh dari jiran jiran. Banglo ini jaraknya 20 meter dari banglo banglo yang lain.
Laila masih lagi meronta ronta, Razif menghempaskan Laila ke dinding. Muka Laila tersembam ke lantai. Laila cuba merangkak ke arah meja solek, kakinya dipegang dan ditarik. Laila merasakan sudah tidak berdaya untuk melawan dia hanya berdoa di dalam hati agar dapat melepaskan diri.
Kipas kembali berputar, lampu bilik menyala dan dalam keadaan cemas itu Laila bangun dan duduk di penjuru katil. Mata Laila memerhatikan keadaan sekitar. Suaminya telah tiada. Laila bingkas bangun dan mencari telefon pintarnya di atas katil. "Hello, abah tolong Laila. Razif mengamuk dia pukul Laila." suara Laila menangis teresak esak. "Hello, eh Razif ada dengan abah ni, dia hantar ikan hasil dia memancing." ayah Laila menjawab dengan tegas.
Laila jadi terpinga pinga, siapa yang berada di dalam rumah tersebut. Razif atau hantu?
"Betul ke ni abah, sebab Laila baru je lepas kena hempas dengan Razif tadi." Laila masih enggan percaya. "Iya, betullah Razif ada ni jap abah bagi dia bercakap."
"Hello Laila, kenapa ni? “ suara Razif jelas yang keluar dari telefon pintar tersebut.
" Abang, tolong balik cepat bang, ada hantu. Laila sakit bang, badan kena hempas ke dinding dan lantai. Please abang. " Laila meminta Razif segera pulang ke rumah.
Jam 1 pagi Razif sampai dirumah bersama dengan ayah dan ibu Laila. Laila menceritakan tentang perkara yang berlaku. Ayah kepada Laila melihat lihat keadaan di dalam rumah. Basah dan lantainya bergelinang dengan air. Razif memeluk Laila dan menuju masuk ke dalam bilik. Barang barang kosmetik dan perkakas di dalam bilik berselerak. Pintu bilik yang diperbuat daripada kayu tersebut terdapat kesan pecah dan retak di bahagian tengah.
Malam itu mereka semua tidur di rumah ayah Laila. Kejadian tersebut sangat aneh dan misteri. Laila hampir menjadi tidak waras dan dia berkeras tidak mahu balik ke rumah itu lagi. Razif terpaksa menjual rumah banglo tersebut dan membeli rumah lain. Hobi memancingnya ditinggalkan atas nasihat ayah mertua nya. Apa dan dimana silapnya? Siapakah yang datang ke rumah Razif sebagai Razif itu masih menjadi misteri sehingga ke hari ini mungkin anda tahu akan jawapannya.
Sekian.
TAMAT
Penulis /Karya : Juhari Shahrudin
MUSTAHIL
Tajuk : MUSTAHIL
"Dania sabtu ni awak cuti kan?" tiba tiba Inspektor Hashim muncul dan bertanya soalan.
"ye tuan, kenapa?" Dania menjawab ringkas.
"Maafkan saya Dania cuti awak terpaksa dibatalkan. OCCI mintak kita ke Raub untuk tugasan khas selama 4 hari disana."
Adui, rosak lagi program aku. Baru je aku janji dengan family nak pergi bercuti.
"Tapi tuan saya dah janji dengan suami nak bawak anak anak bercuti, lagipun dah lama saya tak mohon cuti tuan." Dania cuba merayu agar dapat bercuti bersama keluarga.
"Maafkan saya Dania ini arahan dari Dato OCCI, saya sendiri pun tak dapat nak tolong awak. By the way kita akan bergerak kesana petang ini jugak."
Dania melangkah longlai menuju ke lif untuk ke tingkat bawah IPK Pahang. Dania adalah seorang anggota polis berpangkat Sarjan bekas penolong pegawai penyiasat atau AIO dan kini berkhidmat di Cawangan D4 IPK Pahang. Suami Dania amat memahami karier isterinya dan tidak pernah merungut kerana dia faham berkahwin dengan anggota polis terpaksa berkahwin dengan kerjayanya. Kehidupan mereka sederhana dan kebetulan suami Dania adalah bekas tentera yang bersara awal iaitu 21 tahun berkhidmat. Kini beliau membuka perniagaan menjual barangan runcit harian.
Pintu kereta dibuka dan Dania melemparkan beg sandangnya ke tempat duduk penumpang. Dikeluarkan telefon bimbitnya dan membelek aplikasi whatsapp. Otaknya sedang ligat memikirkan janji yang telah dibuat kepada anaknya dua minggu lepas, iaitu bercuti ke Pulau Langkawi.
Jarinya pantas menaip,
'Papa, i`m so sorry. Cuti mama dibatalkan. Mama perlu bergerak ke Raub petang ini jugak. Sorry. Sorry. Sorry sangat.'
Paparan di skrin menunjukkan suaminya sedang menaip membalas mesej tersebut.
'It's okay, macam tak biasa pulak. Remember once i married you i also married with your duty. Don't worry nanti kita plan semula. Mama nak Papa siapkan beg untuk travel petang ni ke?'
Dania membalas 'Thanks dear, okay jugak. Mama on the way balik ke rumah.'
Petang itu Dania bersama teamnya bergegas ke Raub. Yang menghairankan lagi kebiasaannya Inspektor Hashim akan memberi taklimat ringkas tentang sebarang operasi khas seperti ini tapi kesemuanya terpinga pinga tanpa sebarang info berkenaan kes di Raub tersebut.
"Tuan, maaf saya bertanya. Kita ke Raub ni operasi khas apa tuan." Dania memulakan perbualan.
"Sebenarnya saya sendiri tidak dimaklumkan apa apa tentang operasi kali ini. So kita tunggu apa taklimat dari OCS disana."
Kereta jenis preve kelabu berlogo polis meluncur laju di atas lebuhraya LPT ke arah Bentong dan di ekori sebuah kenderaan pacuan 4 roda jenis Hilux berwarna hitam yang dipandu oleh Koperal Din dan Lans Koperal Nadira sebagai penumpangnya.
Cuaca semakin gelap, kini mereka keluar dari lebuhraya dan melalui jalan Bentong ke arah bandar Raub. Perjalanan mereka mengambil masa 4 jam 30 minit dan mereka hanya berbual pendek kerana menyimpan tenaga untuk tugasan selanjutnya. Sesampai di Balai Raub Sarjan Osman dan beberapa anggota sudah menunggu kehadiran mereka dan mempersilakan kami untuk ke bilik mesyuarat. Kelihatan ada sedikit hidangan makanan di atas meja.
"Jen, terima kasih susah susah je hidangkan makanan ni. Wow, ada patin masak tempoyak." Dania memulakan biacara.
"Tak ada apa lah kita kan menyambut tetamu. Makanlah dulu ye sementara kami buat persiapan untuk taklimat."
Selesai mereka makan OCS Sarjan Osman memulakan taklimat, lampu dipadamkan dan tertera di layar hadapan beberapa maklumat tentang operasi khas yang dinamakan Operasi BlackMagic. Masing masing fokus mendengar taklimat tersebut yang berlangsung hampir 1 jam setengah.
" Ok guys, kita telah mendapat cukup info berkenaan operasi khas ini dan saya mahu kamu semua berehat dahulu kerana operasi ini akan dijalankan pada 0001 hours malam ini. Seperti biasa jaga keselamatan diri dan berhati hati. Jangan bertindak tanpa arahan daripada saya. OK, Bersurai." Inspektor Hashim mengakhiri taklimat dan mengarahkan semua berehat.
Malam itu mereka dibantu oleh Team CPJ dari Raub bergerak ke lokasi yang dinyatakan ketika di dalam taklimat. Sebuah rumah batu yang usang dan di kelilingi semak samun di pinggir hutan. Mereka bergerak perlahan dan berhati hati agar suspek tidak terdengar kehadiran mereka. Suspek berusia 55 tahun bernama Anjang Bin Ali bersama dengan pembantu nya Masran seorang warga Indonesia dikehendaki dalam Kes mencuri jasad di perkuburan. Hasil maklumat awam dan risikan mendapati mereka menggunakan jasad tersebut untuk tujuan ilmu hitam.
Inspektor Hashim mengarahkan Team 1 untuk mengambil posisi manakala Team 2 akan membuat serbuan dan diketuai oleh beliau sendiri. Langkah demi langkah penuh hati hati merapati ke arah rumah tersebut, kelihatan lampu terang menyuluh laluan dari jendelanya. Pistol jenis Walther P99AS digenggam erat dan Inspektor Hashim
menunjukkan isyarat standby.
"Bertindak!!! Go go go."
Pintu kayu di terajang oleh Koperal Din dari Team 2 dan meluru masuk ke dalam rumah tersebut manakala Team 1 merapat masuk melalui pintu yang pecah tersebut. Kelihatan 3 jasad yang telah dipotong potong kepada beberapa bahagian. Kepala jasad jasad tersebut berada di atas meja dengan keadaan yang mengerikan.
Kedua suspek berjaya ditemui, namun anehnya mereka berdua sudah tidak bernyawa lagi. Pemeriksaan dilakukan ke atas mayat tersebut mendapati leher mereka telah patah dan mata mereka dicungkil keluar.
Selesai mereka memeriksa di dalam rumah tersebut terdapat 1 bilik yang dirantai dan berkunci dengan Solex. Inspektor Hashim mengarahkan anggota Team 2 memotong rantai tersebut dan meminta Team 1 untuk bersedia sebarang kemungkinan ancaman yang akan tiba.
Rantai dan solex berjaya dibuka dan mereka membuka pintu bilik tersebut penuh hati hati. Alangkah terperanjat nya sekujur tubuh yang tidak berbaju tertiarap di atas lantai beralaskan tikar getah di hadapan berbau busuk seperti telah lama meninggal.
Mangsa seorang wanita berambut panjang kulitnya sudah kebiru biruan. Tubuh badannya menunjukkan terdapat kesan kesan di pukul dengan objek tumpul seperti kayu beluti atau rotan bersaiz besar ukuran lilit 3 inci.
Inspektor Hashim membuat penelitian ke atas mangsa dan menutup mangsa dengan kain alas meja. Kesemua mereka beredar keluar dari rumah tersebut kecuali Lans Koperal Nadira Sarjan Dania dan Koperal Din di arahkan menunggu tempat kejadian manakala 2 lagi anggota berada di ruang tamu sementara menunggu pasukan forensik tiba.
"Cik saya rasa tak sedap hati la cik, suspek kita mati dalam keadaan mengerikan dan mayat perempuan ni terkurung di dalam bilik ni." Nadira memberitahu kepada Dania.
"Awak tak payah risau, lagi baik orang yang dah mati kita jaga berbanding yang hidup, tak banyak kerenah." Dania berseloroh untuk menyedapkan hati mereka berdua.
Setelah 30 minit menunggu Nadira melihat tangan mangsa seperti menggenggam sesuatu dan beliau cuba untuk memaklumkan kepada Sarjan Dania.
"Cik, ada sesuatu yang mangsa ni genggam. Boleh tak kita periksa tangan dia." Nadira mendapat keberanian untuk melihat apa yang digenggam oleh mangsa.
"Hmm, ok tapi guna sarung tangan." Dania memberi kebenaran kepada Nadira.
Sarung tangan dipakai dan Nadira dengan hati hati memegang tangan mangsa dan cuba membuka genggaman. Kedua dua mereka terbeliak kerana di tangan mangsa terdapat 2 pasang anak mata yang dalam keadaan masih basah berdarah.
Tiba tiba mangsa bergerak dan memusingkan badannya, Dania dan Nadira cepat cepat mengeluarkan pistol jenis Glock 19 dan mencekah. Mereka berdua dalam keadaan terperanjat kerana mangsa yang telah meninggal dunia tersebut bangkit secara tiba tiba. Suara mereka tersekat di kerongkong dan tidak dapat menjerit meminta bantuan. Kini mangsa tersebut cuba berdiri dan perlahan merapati mereka berdua.
Dania memberi isyarat untuk bergerak keluar dari bilik tersebut. Gedegum! pintu bilik tertutup dengan sendiri. Suasana menjadi cemas apa yang perlu dilakukan oleh Dania dan juga Nadira.
Entiti yang berjalan tersebut kakinya tidak menjejaki lantai dan rambut menutupi wajahnya. Pistol masih diacukan ke arah mayat tersebut dan tangan mereka terketar ketar sama ada hendak melepaskan tembakan atau tidak. Bimbang kalau kalau mangsa sebenarnya belum mati dan baru tersedar dari pengsan. Namun dia pasti Tuan Hashim telah memeriksa dan berpengalaman dalam mengenalpasti sama ada seseorang itu telah meninggal dunia atau belum tambahan lagi badan mangsa sudah kebiru biruan dan hitam petanda telah lama meninggal dunia. Bam bam 2 das tembakan dilepaskan oleh Sarjan Dania tepat mengenai kepala mangsa namun anehnya hanya berasap dan tidak menumbangkan entiti di hadapan mereka. Bam bam bam, tiga das lagi dilepaskan sama seperti tadi hanya berasap dan tidak meninggalkan kesan terhadap entiti tersebut.
Nadira mengetuk ngetuk pintu dan cuba untuk menjerit meminta bantuan. Namun malangnya suaranya masih tidak dapat keluar. Lampu bilik terpadam dan entiti tersebut masih cuba merapati dalam gerak perlahan.
Mata kedua mereka mulai terasa berat dan mengantuk walaupun cuba ditahan namun perasaan mengantuk itu semakin kuat. Dania memegang bahu Nadira dan akhirnya mereka berdua terasa seperti dalam keadaan separa sedar.
Cik Dania, Cik Nadira apa yang berlaku, terdengar suara Koperal Din sayup sayup di telinga mereka. Dania tersedar dan cepat cepat dia melihat ke arah hadapan nya mencari cari kalau kalau entiti tersebut masih cuba menyerang mereka. Anehnya, mangsa masih di lantai dalam keadaan bertutup dengan kain alas meja. Nadira juga sudah tersedar dan memeriksa senjatanya. Pistol tersebut masih berada di tangan beliau manakala pistol Sarjan Dania berada di lantai.
Sebulan kemudian, warga Raub dikejutkan dengan berita aneh sebuah kubur didapati terbongkar dan kain kafan bertaburan di atas tanah. Jasad yang ditanam hilang. Ya, jasad tersebut adalah mangsa yang ditemui dalam operasi khas pihak polis sebulan sebelum nya. Dania dan Nadira telah memberi keterangan berikutan insiden melepaskan tembakan tersebut. Namun kisah ini telah dirahsiakan kerana ianya diluar jangkauan akal pemikiran manusia. Kerana mayat hidup kembali dan kakinya tidak jejak ke lantai adalah MUSTAHIL.
Sekian.
Penulis/Karya : Juhari Bin Shahrudin
Subscribe to:
Comments (Atom)