Wednesday, September 22, 2021

MUSTAHIL

Tajuk : MUSTAHIL "Dania sabtu ni awak cuti kan?" tiba tiba Inspektor Hashim muncul dan bertanya soalan. "ye tuan, kenapa?" Dania menjawab ringkas. "Maafkan saya Dania cuti awak terpaksa dibatalkan. OCCI mintak kita ke Raub untuk tugasan khas selama 4 hari disana." Adui, rosak lagi program aku. Baru je aku janji dengan family nak pergi bercuti. "Tapi tuan saya dah janji dengan suami nak bawak anak anak bercuti, lagipun dah lama saya tak mohon cuti tuan." Dania cuba merayu agar dapat bercuti bersama keluarga. "Maafkan saya Dania ini arahan dari Dato OCCI, saya sendiri pun tak dapat nak tolong awak. By the way kita akan bergerak kesana petang ini jugak." Dania melangkah longlai menuju ke lif untuk ke tingkat bawah IPK Pahang. Dania adalah seorang anggota polis berpangkat Sarjan bekas penolong pegawai penyiasat atau AIO dan kini berkhidmat di Cawangan D4 IPK Pahang. Suami Dania amat memahami karier isterinya dan tidak pernah merungut kerana dia faham berkahwin dengan anggota polis terpaksa berkahwin dengan kerjayanya. Kehidupan mereka sederhana dan kebetulan suami Dania adalah bekas tentera yang bersara awal iaitu 21 tahun berkhidmat. Kini beliau membuka perniagaan menjual barangan runcit harian. Pintu kereta dibuka dan Dania melemparkan beg sandangnya ke tempat duduk penumpang. Dikeluarkan telefon bimbitnya dan membelek aplikasi whatsapp. Otaknya sedang ligat memikirkan janji yang telah dibuat kepada anaknya dua minggu lepas, iaitu bercuti ke Pulau Langkawi. Jarinya pantas menaip, 'Papa, i`m so sorry. Cuti mama dibatalkan. Mama perlu bergerak ke Raub petang ini jugak. Sorry. Sorry. Sorry sangat.' Paparan di skrin menunjukkan suaminya sedang menaip membalas mesej tersebut. 'It's okay, macam tak biasa pulak. Remember once i married you i also married with your duty. Don't worry nanti kita plan semula. Mama nak Papa siapkan beg untuk travel petang ni ke?' Dania membalas 'Thanks dear, okay jugak. Mama on the way balik ke rumah.' Petang itu Dania bersama teamnya bergegas ke Raub. Yang menghairankan lagi kebiasaannya Inspektor Hashim akan memberi taklimat ringkas tentang sebarang operasi khas seperti ini tapi kesemuanya terpinga pinga tanpa sebarang info berkenaan kes di Raub tersebut. "Tuan, maaf saya bertanya. Kita ke Raub ni operasi khas apa tuan." Dania memulakan perbualan. "Sebenarnya saya sendiri tidak dimaklumkan apa apa tentang operasi kali ini. So kita tunggu apa taklimat dari OCS disana." Kereta jenis preve kelabu berlogo polis meluncur laju di atas lebuhraya LPT ke arah Bentong dan di ekori sebuah kenderaan pacuan 4 roda jenis Hilux berwarna hitam yang dipandu oleh Koperal Din dan Lans Koperal Nadira sebagai penumpangnya. Cuaca semakin gelap, kini mereka keluar dari lebuhraya dan melalui jalan Bentong ke arah bandar Raub. Perjalanan mereka mengambil masa 4 jam 30 minit dan mereka hanya berbual pendek kerana menyimpan tenaga untuk tugasan selanjutnya. Sesampai di Balai Raub Sarjan Osman dan beberapa anggota sudah menunggu kehadiran mereka dan mempersilakan kami untuk ke bilik mesyuarat. Kelihatan ada sedikit hidangan makanan di atas meja. "Jen, terima kasih susah susah je hidangkan makanan ni. Wow, ada patin masak tempoyak." Dania memulakan biacara. "Tak ada apa lah kita kan menyambut tetamu. Makanlah dulu ye sementara kami buat persiapan untuk taklimat." Selesai mereka makan OCS Sarjan Osman memulakan taklimat, lampu dipadamkan dan tertera di layar hadapan beberapa maklumat tentang operasi khas yang dinamakan Operasi BlackMagic. Masing masing fokus mendengar taklimat tersebut yang berlangsung hampir 1 jam setengah. " Ok guys, kita telah mendapat cukup info berkenaan operasi khas ini dan saya mahu kamu semua berehat dahulu kerana operasi ini akan dijalankan pada 0001 hours malam ini. Seperti biasa jaga keselamatan diri dan berhati hati. Jangan bertindak tanpa arahan daripada saya. OK, Bersurai." Inspektor Hashim mengakhiri taklimat dan mengarahkan semua berehat. Malam itu mereka dibantu oleh Team CPJ dari Raub bergerak ke lokasi yang dinyatakan ketika di dalam taklimat. Sebuah rumah batu yang usang dan di kelilingi semak samun di pinggir hutan. Mereka bergerak perlahan dan berhati hati agar suspek tidak terdengar kehadiran mereka. Suspek berusia 55 tahun bernama Anjang Bin Ali bersama dengan pembantu nya Masran seorang warga Indonesia dikehendaki dalam Kes mencuri jasad di perkuburan. Hasil maklumat awam dan risikan mendapati mereka menggunakan jasad tersebut untuk tujuan ilmu hitam. Inspektor Hashim mengarahkan Team 1 untuk mengambil posisi manakala Team 2 akan membuat serbuan dan diketuai oleh beliau sendiri. Langkah demi langkah penuh hati hati merapati ke arah rumah tersebut, kelihatan lampu terang menyuluh laluan dari jendelanya. Pistol jenis Walther P99AS digenggam erat dan Inspektor Hashim menunjukkan isyarat standby. "Bertindak!!! Go go go." Pintu kayu di terajang oleh Koperal Din dari Team 2 dan meluru masuk ke dalam rumah tersebut manakala Team 1 merapat masuk melalui pintu yang pecah tersebut. Kelihatan 3 jasad yang telah dipotong potong kepada beberapa bahagian. Kepala jasad jasad tersebut berada di atas meja dengan keadaan yang mengerikan. Kedua suspek berjaya ditemui, namun anehnya mereka berdua sudah tidak bernyawa lagi. Pemeriksaan dilakukan ke atas mayat tersebut mendapati leher mereka telah patah dan mata mereka dicungkil keluar. Selesai mereka memeriksa di dalam rumah tersebut terdapat 1 bilik yang dirantai dan berkunci dengan Solex. Inspektor Hashim mengarahkan anggota Team 2 memotong rantai tersebut dan meminta Team 1 untuk bersedia sebarang kemungkinan ancaman yang akan tiba. Rantai dan solex berjaya dibuka dan mereka membuka pintu bilik tersebut penuh hati hati. Alangkah terperanjat nya sekujur tubuh yang tidak berbaju tertiarap di atas lantai beralaskan tikar getah di hadapan berbau busuk seperti telah lama meninggal. Mangsa seorang wanita berambut panjang kulitnya sudah kebiru biruan. Tubuh badannya menunjukkan terdapat kesan kesan di pukul dengan objek tumpul seperti kayu beluti atau rotan bersaiz besar ukuran lilit 3 inci. Inspektor Hashim membuat penelitian ke atas mangsa dan menutup mangsa dengan kain alas meja. Kesemua mereka beredar keluar dari rumah tersebut kecuali Lans Koperal Nadira Sarjan Dania dan Koperal Din di arahkan menunggu tempat kejadian manakala 2 lagi anggota berada di ruang tamu sementara menunggu pasukan forensik tiba. "Cik saya rasa tak sedap hati la cik, suspek kita mati dalam keadaan mengerikan dan mayat perempuan ni terkurung di dalam bilik ni." Nadira memberitahu kepada Dania. "Awak tak payah risau, lagi baik orang yang dah mati kita jaga berbanding yang hidup, tak banyak kerenah." Dania berseloroh untuk menyedapkan hati mereka berdua. Setelah 30 minit menunggu Nadira melihat tangan mangsa seperti menggenggam sesuatu dan beliau cuba untuk memaklumkan kepada Sarjan Dania. "Cik, ada sesuatu yang mangsa ni genggam. Boleh tak kita periksa tangan dia." Nadira mendapat keberanian untuk melihat apa yang digenggam oleh mangsa. "Hmm, ok tapi guna sarung tangan." Dania memberi kebenaran kepada Nadira. Sarung tangan dipakai dan Nadira dengan hati hati memegang tangan mangsa dan cuba membuka genggaman. Kedua dua mereka terbeliak kerana di tangan mangsa terdapat 2 pasang anak mata yang dalam keadaan masih basah berdarah. Tiba tiba mangsa bergerak dan memusingkan badannya, Dania dan Nadira cepat cepat mengeluarkan pistol jenis Glock 19 dan mencekah. Mereka berdua dalam keadaan terperanjat kerana mangsa yang telah meninggal dunia tersebut bangkit secara tiba tiba. Suara mereka tersekat di kerongkong dan tidak dapat menjerit meminta bantuan. Kini mangsa tersebut cuba berdiri dan perlahan merapati mereka berdua. Dania memberi isyarat untuk bergerak keluar dari bilik tersebut. Gedegum! pintu bilik tertutup dengan sendiri. Suasana menjadi cemas apa yang perlu dilakukan oleh Dania dan juga Nadira. Entiti yang berjalan tersebut kakinya tidak menjejaki lantai dan rambut menutupi wajahnya. Pistol masih diacukan ke arah mayat tersebut dan tangan mereka terketar ketar sama ada hendak melepaskan tembakan atau tidak. Bimbang kalau kalau mangsa sebenarnya belum mati dan baru tersedar dari pengsan. Namun dia pasti Tuan Hashim telah memeriksa dan berpengalaman dalam mengenalpasti sama ada seseorang itu telah meninggal dunia atau belum tambahan lagi badan mangsa sudah kebiru biruan dan hitam petanda telah lama meninggal dunia. Bam bam 2 das tembakan dilepaskan oleh Sarjan Dania tepat mengenai kepala mangsa namun anehnya hanya berasap dan tidak menumbangkan entiti di hadapan mereka. Bam bam bam, tiga das lagi dilepaskan sama seperti tadi hanya berasap dan tidak meninggalkan kesan terhadap entiti tersebut. Nadira mengetuk ngetuk pintu dan cuba untuk menjerit meminta bantuan. Namun malangnya suaranya masih tidak dapat keluar. Lampu bilik terpadam dan entiti tersebut masih cuba merapati dalam gerak perlahan. Mata kedua mereka mulai terasa berat dan mengantuk walaupun cuba ditahan namun perasaan mengantuk itu semakin kuat. Dania memegang bahu Nadira dan akhirnya mereka berdua terasa seperti dalam keadaan separa sedar. Cik Dania, Cik Nadira apa yang berlaku, terdengar suara Koperal Din sayup sayup di telinga mereka. Dania tersedar dan cepat cepat dia melihat ke arah hadapan nya mencari cari kalau kalau entiti tersebut masih cuba menyerang mereka. Anehnya, mangsa masih di lantai dalam keadaan bertutup dengan kain alas meja. Nadira juga sudah tersedar dan memeriksa senjatanya. Pistol tersebut masih berada di tangan beliau manakala pistol Sarjan Dania berada di lantai. Sebulan kemudian, warga Raub dikejutkan dengan berita aneh sebuah kubur didapati terbongkar dan kain kafan bertaburan di atas tanah. Jasad yang ditanam hilang. Ya, jasad tersebut adalah mangsa yang ditemui dalam operasi khas pihak polis sebulan sebelum nya. Dania dan Nadira telah memberi keterangan berikutan insiden melepaskan tembakan tersebut. Namun kisah ini telah dirahsiakan kerana ianya diluar jangkauan akal pemikiran manusia. Kerana mayat hidup kembali dan kakinya tidak jejak ke lantai adalah MUSTAHIL. Sekian. Penulis/Karya : Juhari Bin Shahrudin