Wednesday, September 22, 2021

Pengasih

Tajuk : Pengasih. Datin Suriana : "Hello, you ingat i tak tau you ada skandal dengan budak pejabat you tu. Depan i bukan main lagi pijak semut pun tak mati budak tu. Apa nama dia Fiqah kan?" Dato Muza : "Apa you merepek ni, i tak pernah la skandal sana sini. I cuma bantu fiqah tu, lagi pun dia anak arwah Pak Tam driver i dulu tu. You ni suka betul la cemburu buta. Jangan suka dengar cakap orang." Perbualan tersebut didengari oleh anak sulung Dato Muza si Mizani. Cepat cepat Dato Muza beredar dan terus masuk ke bilik. Mizani :" Ada apa mama kecoh kecoh pagi ni? Mizani bukan nak masuk campur urusan papa dengan mama cuma apa apa kita boleh bawak berbincang. Mizani sedia mendengar." Datin Suriana :"Eh takde apa lah Zani, papa dengan mama ada selisih faham sikit. Don't worry lah. Zani nak makan? “ Rumahtangga Datin Suriana akhir akhir ini semakin retak, puncanya Dato Muza jarang pulang ke rumah dan ada yang menyampaikan Dato rapat dengan Fiqah kerani di syarikat Muza Resources Sdn Bhd. Datin Suriana :"Hello, Suhaila. Aku ni Sue. Petang nanti kau free tak? Suhaila :" Ada apa kak? Boleh je petang ni." Datin Suriana :" Ok. Pukul 2 petang aku ambil dekat rumah." Tepat jam 2 petang Datin Suriana sampai di rumah Suhaila dengan pemandunya. Suhaila pun masuk ke dalam Vellfire warna putih tersebut menuju ke lokasi lain. Datin Suriana :" Suhaila, kau ingat lagi tak rumah Pak Berahim. Subaila :"Ingat, kenapa?" Datin Suriana :"Apa lagi, pasal Dato la. Aku nak mintak biar Pak Berahim buat si Muza tu tunduk dekat aku. Sejak akhir akhir ni dia jarang balik ke rumah ada skandal la tu. Kau ingat tak dulu sebelum ni kan dia playboy." Suhaila :"Oh itu masalahnya." Suhaila menunjukkan jalan ke rumah Pak Berahim. Sampai di situ Pak Berahim menjemput mereka masuk. Datin Suriana menceritakan perihal rumahtangga beliau dan meminta Pak Berahim membantu nya. Selesai sahaja mereka terus pulang. Datin Suriana pagi itu membuat air kopi dan direndamkan tangkal yang diberi Pak Berahim. Sambil matanya membaca secebis kertas, jampi mentera selesai dibaca dan dihembuskan ke air tersebut. Dato Muza :"morning, hai dah lama saya tak nampak awak ke dapur buatkan air untuk saya." Datin Suriana :"Eh takde apa lah, i sekarang nak berubah nak jadi isteri yang terbaik untuk you dan anak anak." Dato Muza menghirup air kopi itu sambil matanya masih tertumpu membaca surat khabar. Sesekali ditiupnya dahulu airnya masih panas. Malam itu Dato Muza tidak keluar dari rumah. Kepalanya rasa berat. Dia turun ke bawah untuk ke dapur dan membuat segelas air. Di tangan nya ada sebekas ubat, dia mencari cari ubat darah tinggi. Panggg, tiba tiba gelas yang dipegangnya terjatuh. Dia terperanjat kerana di hadapan beliau muncul isterinya. "Eh, bila awak turun?" soal Dato Muza kehairanan. Datin Suriana tidak berpaling dan tidak pulak menjawab. "Sue, jawab lah saya tanya ni. Kalau nak bergurau pun jangan lah tengah tengah malam macam ni. Awak kan tahu saya ada lemah jantung." Datin Suriana masih tercegat di situ, tiba tiba dia memusingkan kepalanya. Apa yang lebih mengejutkan badan nya masih menghala ke arah bertentangan. Kepalanya berpusing 360 darjah. Dato Muza ketakutan, siapa dihadapan dia sekarang. Mustahil manusia boleh buat perkara itu. Pusingan kepalanya jugak mengeluarkan bunyi seperti tulang yang patah. Wajah Datin Suriana pucat matanya merah, lidahnya terjelir. Panjang lidahnya menyentuh ke paras lutut. Dato Muza terasa jantungnya semakin kencang. Peluh menitis mencurah seperti air paip. Suaranya terlekat di kerongkong dan akhirnya... Dato Muza memejamkan matanya. Keesokan harinya, sanak saudara serta sahabat sahabat Dato Muza datang berkunjung untuk menziarahi. Iya, menziarahi jenazah Dato Muza. Beliau telah disahkan meninggal dunia jam 4 pagi. Apa yang menjadi misteri ialah Datin Suriana tidak ditemukan. Jejaknya cuba dikesan oleh unit anjing pengesan polis. Namun ianya menemui jalan buntu. Kisah ini telah pun setahun berlalu. Mizani anaknya telah dimasukkan ke hospital kerana gangguan mental. Dia mengatakan bahawa arwah ayahnya sering datang dan berbual dengan nya di bilik. Keadaan dia semakin teruk sehingga Suhaila terpaksa menghantar nya ke hospital sakit jiwa untuk rawatan. Berita penemuan rangka tulang manusia di Bukit Mewah gempar dan kecoh. Pihak berkuasa mengesahkan bahawa hasil ujian DNA rangka tersebut adalah milik Datin Suriana. Kematiannya tidak dapat dipastikan, namun tiada unsur jenayah. Rupanya, Pak Berahim bukan sekadar membuat pengasih, tetapi dia telah memberi sakanya kepada Datin Suriana tanpa disedari. Jampi mentera tersebut bertujuan untuk si penerima saka tersebut didampingi oleh saka yang bernama Hantu Raya. Jangan mudah mempercayai bomoh dan menggunakan jalan khurafat untuk kebaikan rumahtangga, kerana pengakhiran nya tidak lah seperti yang dijangka. Solat dan istiqamah adalah jalan yang terbaik. Semoga menjadi pedoman anda semua. Penulis / Karya : Juhari Shahrudin