Wednesday, September 22, 2021

Mintak alih

Tajuk : Mintak alih. Isma malam itu tidak dapat melelapkan mata. Puas dia mencuba segala macam cara termasuklah membuat senaman ringan, tetapi perkara yang menimpa beliau ketika menggali lubang kubur tadi memang tidak masuk akal. Isma adalah seorang 'undertaker' kampung, profesion beliau sejak remaja lagi adalah mengambil upah menggali kubur. Zainal adalah orang yang akan mrnghubungi beliau selaku Pengerusi badan Khairat kematian di kampung tersebut. Zainal : "Assalamualaikum Isma, jam 11 pagi nanti jumpa aku dekat perkuburan Kampung Pantai. Dua jenazah nak dikuburkan ni. Satu lelaki dan satu lagi perempuan." Isma : "waalaikumussalam, bereh boh. Macang biase la, 1 lot 60 ya. Kalu 2 lot 110 ya. Kite bagi diskaun sepuloh ya." Zainal : "Ok, kalau aku lambat kau gali sebelah kubur arwah Ayah Karim tu." Isma memulakan tugasan nya dengan membersihkan kawasan sekitar sebelum menggali agar mudah untuk menarik tanah tanah yang telah dikorek. Beliau cukup arif dalam proses menguburkan jenazah. Ukuran lebar dan dalam pun tak perlu menggunakan pita pengukur. Ketika beliau sedang asyik mencangkul terdengar ada suara yang memanggil dari atas. Lubang yang digali sudah mencapai kedalaman 6 kaki. Eh, suara siapa pulak tu bisik hati Isma. " Oiii, sape ye tu." Isma menjerit dari dalam liang lahad. Semakin lama suara itu semakin dekat. Kini jelas suara yang memanggil Isma sepertinya suara seorang budak lelaki. Oleh kerana perasaan tidak puas hati Isma cuba menjenguk jenguk ke atas bagi memastikan siapa yang memanggil. Nampaknya tidak ada kelibat sesiapapun. Jam di tangan menunjukkan 2 petang selesai sudah upacara pengebumian Isma terus pulang ke rumah. Pintu rumah nya diketuk bertalu talu. Isma yang masih buntu memikirkan tentang hal siang tadi terkejut. Siapa pulak datang malam malam ni. Beliau bingkas bangun dan menuju ke pintu. Selak pintu dibuka dan Isma terperanjat sekali lagi kerana di hadapan nya seorang kanak kanak sekitar usia 10 tahun berdiri tegak memandang nya. Isma : "Aik, adik cari sape ni malam malam hari. Pok dengan mok mu mane?" Kanak kanak tersebut tidak menjawab hanya menundingkan jari telunjuknya ke arah tanah perkuburan. Isma memang rumahnya tidak jauh dari tanah perkuburan jarak rumahnya sekitar 50 meter sahaja. Isma : "Mari kita gi sana, aku hantor mu balik. Bising la mok pok mu kekgi tau mu merayap malam malam gini." Isma menutup pintu rumah dan menguncinya. Dipimpin tangan kanak kanak tersebut dan bergerak ke arah tanah perkuburan. Embun sejuk terasa menitis di pipi Isma, tangan kanak kanak tersebut juga sejuk. Dia bertanya lagi kepada kanak kanak tersebut, "Ni kan jalan gi rumoh mu. Simpang mana ni acu tunjuk." kanak kanak tersebut menunjukkan ke arah kawasan kubur dan seketika itu juga dia menangis. Isma merasakan ada sesuatu yang tidak kena, manakan mungkin ada rumah dalam kawasan kubur. Baru dia teringat suara yang memanggil ketika dia sedang menggali pagi tadi. Ditabahkan hati dan cuba berdialog dengan kanak kanak tersebut agar lebih jelas keadaannya. Isma : "mu ajok aku mari sini nok wat ape sebenornye. Kalu nok main kan aku jangan tebeng laa, bukan baru arini aku gali kubur. Acu kabo mu nok mende skarang" Kanak kanak tersebut menunjukkan ke arah 2 kubur yang baru digali oleh Isma pagi tadi. Isma melangkah perlahan lahan dan melihat kubur yang baru tersebut. Isma : "nape dengan kubur ni?" Kanak kanak : "Ini kubur saya, pakcik. Mintak tolong jangan ambil kubur saya pakcik. Isma : " Patutlah masa aku gali tadi ade suara panggil aku, mu la rupenya. Gini ar, esok aku bincang dengan pengerusi untuk alihkan semula kubur ni. Berapa lame doh orang tanam mu dekat sini." Kanak kanak : "51 tahun dah pakcik." Isma : "patut lah tadok batu nisan doh, ni memang kawasan kubur lama doh ni." Keesokan paginya Isma mennghubungi Zainal dan menceritakan tentang perkara yang dialaminya semalam dan Zainal dan keluarga jenazah tersebut bertuju untuk memindahkan kubur baru tersebut ke tempat lain di sebelah kubur arwah Husin. Pengalaman tersebut sebenarnya telah banyak kali di alami oleh Isma, kadang kadang ada yang mintak ditanam jauh dari kubur orang lain kononnya kehendak si mati sebelum meninggal. Macam macam hal dalam dunia ni. Adakah kewujudan mereka setelah meninggal itu adalah mereka? Allahu'alam. Hanya yang maha esa mengetahuinya. Sekian. Penulis/Karya : Juhari Shahrudin