Wednesday, September 22, 2021

Tragedi

Tajuk : Tragedi. Kriiingggg. Loceng menandakan tamat sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan Galing. Beg galas yang berisi muatan hampir 4kilo dipikul dan bergerak menuju ke pintu pagar. Sambil menarik nafas kerana kelelahan berjalan dengan rentak yang pantas, mataku tertumpu di suatu arah. Mencari cari van kuning yang akan membawa ku pulang ke rumah. Ku lihat jam di tangan jarum menunjukkan jam sudah 5 petang, van sekolah masih tidak muncul muncul. Mungkin van rosak agaknya bisik hati kecilku. Aku masih bersabar dan mundar mandir di tempat hentian bas yang pondoknya sedikit usang. Telefon bimbit yang papa berikan rosak jadi susah lah nak hubungi beliau. Pin pin, aku toleh ke belakang. Haaa lega van dah pun sampai. Sambil berlari lari anak aku menuju ke van, krakk pintu dibuka dan aku masuk ke dalam tapi yang peliknya mana budak budak yang lain? Ayu, isma, saravanan dan budak kelas 6 Rajin. "Pakcik, mana rakan rakan saya yang lain?" soal aku kepada Pak Rahman. "oh, pakcik dah hantarkan mereka. Selepas tu Ayu beritahu awak tak naik lagi, tu yang pakcik datang balik ni." Pakcik Rahman membalas ringkas. Oleh kerana masa pun sudah lewat, beliau terus memandu menuju ke rumah ku di perumahan Sri Pandan 2 yang terletak hampir 15km dari sekolah. Seketika aku mengelamun dan terasa mengantuk. Wahai Azim bin Siti Suraya Wahai Azim bin Siti Suraya Wahai Azim Bin Siti Suraya hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah. Ingatlah wahai Azim Bin Siti Suraya, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut. Seketika itu aku terjaga dari tidur. Peluh dingin menitis di dahi, keringat membasahi tubuh seperti bangkit dari kematian. Nafasku tercungap cungap. Pandanganku kabur, aku mengelip ngelipkan mata melihat keadaan sekeliling. Terlalu banyak warna putih, dan dihadapanku berdiri seorang lelaki memakai cermin mata dan ditemani wanita wanita yang berpakaian biru dan hijau. "it's okay, adik tarik nafas. Jangan banyak bergerak lagi." suara lelaki dihadapanku. Jelas tapi masih dalam samar samar. Di sebelah kanan ku berdiri seorang lelaki dan wanita. Wajah nya amat ku kenali. Ya, memang amat ku kenali. "Ibu? Ayah? Apa yang berlaku, dimana saya sekarang ni. Ibuku yang menangis memeluk ku. "Syukurlah kau dah bangun zim, mak dan ayah risau sangat." ibuku mengelap air mata di pipinya dan ayah ku mula bersuara. "Azim, sekarang azim dalam hospital. Azim koma sudah 2 tahun. Doktor call kami sebenarnya nak cabut alat bantuan pernafasan memandangkan harapan untuk azim sedar kembali sangat tipis. Namun, ayah diberi peluang untuk baca surah yasiin untuk kali terakhir. Syukurlah, dengan berkat kekuasaan tuhan yang maha esa azim sedar dari koma. Mendengarkan jawapan ayah membuat aku tiba tiba terasa pening dan mual. Aku muntah sepuas puasnya. Aku cuba bangun dan terasa ada sesuatu yang tidak kena. Allahuakbar, aku tidak dapat bergerak dan tangan ku juga tidak dapat diangkat. "Bertenang azim, anggota badan awak iaitu kaki dan tangan tidak dapat kami selamatkan. Awak cedera parah dalam kemalangan ketika pulang dari sekolah. Pemandu yang bawak awak pun meninggal di tempat kejadian. Lucky you survive this even in the coma." Airmata ku berlinang tanpa disedari, inikah ujian yang perlu aku hadapi. Aku pasrah ya tuhan ku andai ini ketentuan dari mu. Ku lihat wajah ayah dan ibu dan perlahan aku ucapkan kepada mereka." Azim redho ibu dan ayah. Pengalaman menghadapi kematian tidak sama setiap individu. Malahan ada yang lebih tragis dan dasyat. Oleh itu, marilah kita bersama sama memperbaiki hubungan kita sesama manusia terutama ahli keluarga terdekat. Setiap detik itu adalah masa yang amat berharga. Sebelum kita dijemput untuk pulang kepangkuan nya. "Find the meaning of your existent, it will make you know the purpose of your life." Penulis/Karya :Juhari Shahrudin