Wednesday, December 2, 2009

2 Insan Part 10

“Eh, cantik anak patung nih. Saper yang bagi Ayu?” tanyer Muhammad kepada anaknyer.
“Mama Ayu yang kasi pa”
“Mama Ayu?Saper?” terkejut Muhammad mendengar jawapan Ayu. Melissakah?
“Mama Ayu arr. Cun, baik, lemah lembut, sesuai untuk papa”
“Eh, nakal jugak anak papa nih ek”sambil menarik idung Ayu.
“Betul. Mama Ayu baik. Dier selalu bawa Ayu pegi jalan-jalan dan makan. Kan best kalau Ayu ader mama cam dier” Muhammad hanyer mampu terdiam. Ya, sepatutnyer Ayu punya seorang mama yang membelai dan menjaganyer. Namun, apalah dayanyer untuk melawan takdir.
“Yue, tido ek!Dah lewat nih.” Ayu akur ngan suruhan Muhammad. Setelah menidurkan Ayu, Muhammad kembali ke biliknyer. Tiba-tiba matanyer menatap potret perkahwinan dier dan Melissa. Muhammad pasrah. Tidak diduga rumah tangga yang dibina hampir 2 tahun itu musnah akhirnya. Salah siapakah itu semua terjadi?Akukah? Mungkin ini balasan yang harus aku terima setelah melukakan ati insan yang paling aku sayang. Maafkan aku sayang!

Suasana di KLCC amat sesak. Ayu dan Alim terus memasuki restoren Mejaku yang terletak dtingkat atas bangunan kedua tertinggi di dunia itu.
“Erm, macamana dengan cadangan Alim ari tuh?” tanya Halim setelah kedua-duanyer menyepi dari tadi.
“Ayu ikut ajer” balas Ayu perlahan.
“Ok, kalau begitu awal bulan depan Alim dan keluarga Alim datang”
“Alim pon nak datang?”
“Naper ?Salah ker kalau Alim nak tengok ari pertunangan Alim?”
“Alah, sibuk jer. Dok jer arr kat umah. Takpun pegi jer arr lepak kat umah Lan ker”
“Yer arr. Orang tak sudi, takper arr” Ayu hanya ketawa. Tidak disangka kawan baiknyer itu bakal menjadi tunangnyer.
“Suka ati Alim arr, Yue tak kisah”
“OK” Alim hanya tersengih. Sungguh tak disangka bunga pujaan hatinyer itu akan menjadi kepunyaannyer! Masih segar diingatan akan peristiwa 5 tahun dulu di waktu Ayu kehilangan kekasihnyer. Pada dier arr tempat Ayu meluahkan isi hati. Rasa kecewa dan sedih menyelubungi hidup Ayu pada tika itu menyebabkan dier seolah-olah bertanggungjawab untuk membahagiakan gadis itu. Hingga kini dier sendiri tidak pasti mengapa lelaki itu meniggalkan Ayu. Apakah Ayu tidak cukup baik atau cantik pada lelaki itu? Pernah dier bertanya pada Ayu, namun Ayu sendiri tidak mempunyai jawapannyer.

“Alim, dengar tak?” Pertanyaan Ayu mematikan lamunannyer.
“Ha, aper dier?”
“Ayu cakap yang Ayu nak singgah kat Isetan jap” Alim hanya menggangguk. Namun dier agak hairan bila melihat Ayu pegi ke sudut anak-anak patung.
“Nak belikan ini untuk Adi ker?” pertanyaan Alim hanya mengundang tawa Ayu.
“Lim, takkan arr si Adi nak main ngan teddy bear nih. Merepek jer”
“Bistu, untuk Ayu ek?” katenyer sambil tersengih.
“Pon bukan!”
“Untuk Zira?” Ayu hanya mengelengkan kepala. Alim pelik. Setahu Alim, Ayu hanya ader sorang adik perempuan, Zira. Anak buahnyer pon lelaki. Untuk kawannyer kot?
“Cantik tak yang nih?” tanyer Ayu sambil matanyer memandang ke arah teddy bear berwarna coklat itu
“Emm”
“Jom kiter pegi bayar?”Alim hanya mengikut. Di dalam kete masing-masing mendiamkan diri. Ayu tidak sudah-sudah membelek teddy bear itu sambil tersengih-sengih. Ini membuatkan Alim tertanyer-tanyer sendiri.
“Untuk saper sebenarnyer teddy bear nih?”
“Untuk seorang budak bernama Ayu”
“Huh, dah agak dah. Tadi taknak mengaku”
“Bukan Ayu arr”
“Bistu?”
“Nama budak kecil yang cute itu pon Ayu gak. Ayu selalu jumper dier kat taman coz dier selalu main dengan Adi. Paham?”
“Oh, dah ader kawan baru rupanyer!Patut bz jer”
“Alahai, itupon nak majuk ker?” Alim hanya ketawa. Sudah diketahui bahawasanyer Ayu sukakan kanak-kanak. Pernah sekali sewaktu kuar ngan Ayu, Ayu memicit-micit pipi seorang bayi sewaktu duduk berehat di taman KLCC dan penah juga Ayu berkejara-kejaran dengan kanak-kanak yang riang bermain di taman.

“Ha, pakcik!Teruskanlah berangan. Ayu turun dulu ek. Bye!” terkejut dier mendengar suara Ayu.
“Ok, take care! Jalan elok-elok. Jatuh bangun sendiri ek!” jerit Alim dari dalam kete disambut gelak tawa Ayu. Sesungguhnyer dier amat bahagia kini!

Ntah mengapa malam itu Muhammad teringin membelek gambar-gambar perkahwinannyer. Walaupun perkahwinan itu telah berakhir namun ingatan itu tetap tidak akan pudar. Masih teringat betapa meriahnyer perkahwinan itu. Pelamin berwarna biru, warna kegemarannyer menghiasi ruang hadapan rumah. Seluruh ahli keluarga serta sanak saudara memenuhi segenap kawasan rumah. Maknyer mahu suasana perkahwinannyer dibuat ala-ala kampung al-maklum ler sebagai anak yang sulung dan pertama yang berkahwin di dalam keluarganyer ibu bapanyer mahu suasana perkahwinan itu diadakan semeriah-meriahnyer. Sempat juga Muhammad menelefon tunangnyer.

“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Leh saya bercakap ngan Lisa?”
“Waalaikumussalam. Yer saya”
“Bz ker?”
“Tidak, naper?”
“Sajer. Actually saya nak ucapkan selamat pengatin baru. Moga perkahwinan awak akan kekal sehingga ke anak cucu!”
“Tima kasih. Jemput arr datang sok ek!”
“Mesti!” mereka kendiaanyer ketawa.
“Lis heppi?“
“Mestilah coz Lis kawen ngan orang yang Lis cintai!” balas Lisa manja.
“Ok sayang, need to sleep. Tido awal tau!”
“Ok, bye!”
“Bye!” Muhammad hanya tersenyum. Terasa hidupnyer kini amat bermakna dan bahagia. Dier bakal menjadi suami sekaligus bergelar pelajar tidak lamer lagi. Selepas berkahwin, mereka berdua akan berangkat ke UK kerana Muhammad akan menyambung pelajarannyer di sana. Itupun setelah puas dipujuk dan dinasihati oleh Lisa dan keluarga. Walaupun begitu, Lisa tetap memberi semangat bagi dier meneruskan cita-citanyer untuk membuka perniagaanyer sendiri kelak. Sebenarnyer dalam diam –diam Muhammad dan kawan-kawannyer bercadang untuk membuka sebuah restoran eksklusif memandangkan kebanyakan dari mereka berlatar belakangkan hotel management. Disebabkan dier dan kawan-kawannyer selalu dipandang remeh maka dier hanya mendiamkan diri dan lebih suka bekerja sendiri.

Leeds – UK

University of Leeds penuh sesak kerana hari ini merupakan graduation day bagi pelajar-pelajarnyer. Universiti ini merupakan salah satu universiti yang terbesar di UK selain menjadi pilihan utama pelajar-pelajar untuk menyambung pelajaran. Lebih membanggakan apabila universiti tersenarai dalam top ten for research di UK selain menjadi pusat kecermelangan akademik dan juga professional diciplines.

Muhammad berdiri megah apabila namanyer disebut sebagai salah seorang graduate yang bakal menerima ijazah kelas ke-2 atas. Berkat dorongan ayah, mak serta isteri tercinta membuatkan dier semakin bersemangat untuk berjuang di dalam pelajarannyer. Lisa juga turut tersenarai sebagai salah seorang penerima master dalam bidang perniagaan. Walaupun berlainan taraf namun kursus yang sama memudahkan pasangan 2 sejoli ini mengulangkaji pelajaran mereka. Setelah tamat graduation day, Muhammad membawa keluarganya serta keluarga mertua melawat ke sekitar bandar Leeds. Leeds merupakan bandar yang terkenal di UK malah amat membangun dari segi sosial, kewangan dan juga perniagaan. Tidak hairan arr jika Leeds sebagai bandar nombor satu di UK oleh Condé Nast Traveler magazine mengatasi London dan Edinburgh.

Masuk hari ke-dua di UK, Muhammad dan isteri membawa kaum keluarganyer melawat Kirkgate market, sebuah pasar terbuka yang terletak berhampiran dengan berhampiran dengan jalan New York street dan di kelilingi oleh Corn Exchange, West Yorkshire Playhouse, Grand Theater dan Tetley's Brewery Wharf. Keadaan pasar tersebut amat sibuk dengan kunjungan pelawat-pelawat di seluruh pelusuk dunia yang sibuk membeli barang-barangan yang sedia terjual.Peniaga-peniaga pula sibuk tawar-menawar harga bagi setiap barangan mereka. Jika pandai dalam hal tawar-menawar ini sudah pasti barangan yang dibeli berharga lebih murah dari sepatutnyer!

“Yang, abang nak pegi toilet jap” Lisa hanya tersenyum sambil matanyer mengekori langkah suaminyer. Sedang asyik dier membelek-belek pasu kristal bewarna hijau itu tiba-tiba
“Assalamualaikum”
“Walaikumussalam” alangkah terkejutnyer Lisa bila die melihat wajah itu. Wajah itulah yang pernah mewarnai hidupnyer tika dulu.
“Ini Lisakan? Masih ingat Syam lagi”
“Err…erm. Err, Syam watper kat sini?”
“Syam tengah holiday nih. Actually baru jer lepas tengok adik Syam konvo”mata Syam yang tidak lepas memandang ke wajah Lisa, membuatkan Lisa agak rimas.
“Lis”
“Eh, abang. Kenalkan ini Syam. Syam ini Muhammad, suami Lis” 2 jejaka itu bersalaman. Lis hanya memandang resah. Bagaimana jika Muhammad tahu tentang hal yang sebenarnyer ?? Perlukah citer lamer dibuka kembali ?