Wednesday, December 2, 2009

2 Insan Part 12

Cuaca amat tenang dan indah hari ini. Burung-burung berkicauan berterbangan megah di angkasa. Seperti biasa Ayu dan Adi akan lepak-lepak di taman begitu juga ngan si kecil Ayu dan bibiknyer. Mereka akan bermain bersama-sama dan sebelum pulang, pasti Ayu akan membawa anak-anak kecil itu ke McD!

“Mak, Ayu mana?”
“Dier ke taman. Naper?”
“Erm..Muhammad ingat nak teman Ayu kat taman ari nih. Mak nak ikut?”
“Muhammad pegi sorang jer arr. Mak dok kat umah jer ek”
“Ok, assalamualaikum” Sharifah Zubaidah tersenyum memerhatikan anaknyer itu. Dier bersyukur ke hadrat Allah apabila melihat perubahan anaknyer itu.
“Aper kata kiter main sorok-sorok nak tak?” cadang Ayu kepada Adi.
“Alah, takkan kiter main 2 orang jer. Tak best arr”
“Kiter ajak arr mama Yue main skali leh?” anak kecil berdua itu tersenyum. Setelah puas memujuk, akhirnyer Ayu turut bermain bersama.

“Bik”
“Eh, bapak” terkejut bibik bila melihat Muhammad di situ.
“Ayu mana?” Puas matanyer melilau mencari anak kesayangannyer, namun tiada.
“Neng main sorok-sorok pak”
“Oh, takper. Biar saya cari dier ek!” Muhammad terus beredar dari situ. Hampir keliling taman di carinyer namun hampa. Ini, memang main sorok-sorokpon, desis atinyer. Alah, jerit jer arr..kot-kot nanti dier dengar.

“Ayu, yue” Muhammad memanggil-manggil nama anaknyer itu.
“Adi, Ayu! Jangan arr camni. Penat tau! Kuar arr” Ayu mula penat. Hampir keliling taman Ayu mencari mereka namun sia-sia.

“Ayu”
“Adi, Ayu”
“Ayu” lantas Ayu yang sedang mencari anak-anak kecil itu menoleh. Muhammad pon turut terkaku apabila melihat gadis itu memandang ke arahnyer.
“Ayu?”
“Yer, saya. Awak nih saper?”
“Err, Muhammad eh Hadi. Kenal tak?” terperanjat Ayu apabila melihat lelaki itu di depannyer. Memang Hadi yang berada di hadapannyer itu amat berbeza ngan Hadi yang dikenalinyer dulu.
“Awak nih Muhammad Ab’dul Hadi ker?”
“Yer wak! Saya nih” mereka saling berpandangan dan kendian ketawa. Tidak disangka setelah 5 tahun berpisah, akhirnyer mereka bertemu kembali.

Air tasik nan biru itu sungguh indah disinari cahaya mentari yang bersinar itu. Dua sejoli yang gembira dengan pertemuan itu duduk di bawah pepohon hijau nan rendang.

“So, how’s ur life now?” Hadi membuka citer.
“Cam yang awak tengok nih. Heppi dan gembira. Hadi plak?”
“Cam awak gak!” kendian mereka tertawa. Mereka terus leka berciter tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Hai, si Ayu terluper ker yang dier main nyorok-nyorok ngan budak-budak tuh??

“Mana mak Ngah nih?Lambatnyer cari?” keluh Adi yang menyorok di belakang pokok nan rendang.
“A’ah arr. Jom arr kiter pegi cari mama Yue. Kiter pon dah penat arr” lantas anak kecil berdua ini bangun dan terus mencari Ayu.

“Ya Allah” Ayu tiba-tiba memukul dahinyer.
“Pesal nih?”
“Ayu luper yang Ayu main nyorok-nyorok tadi. Mesti diorang tengah tunggu Ayu nuh”
“Awak main nyorok-nyorok?”
“Yer” lantas Hadi ketawa. Ayu pula hanya memuncungkan mulutnyer.
“Jom, p cari diorang” Hadi hanya mengekori Ayu. Tiba-tiba
“Eh, mama Yue tuh. Mama Yue! Mama Yue! Eh, papa pon ader” jeritan Ayu membuatkan kedua insan itu menoleh.
“Papa watper kat sini?” tanya si kecil Ayu kepada papanyer.
“Papa cari Ayu arr”
“Papa inilah mama Yue yang Ayu selalu citer tuh. Cun tak?” Hadi hanya tersenyum manakala Ayu hanya terdiam membisu. Tidak disangka anak kecil itu adalah anak Hadi. Alangkah kecilnyer dunia ini!
“Eh, kiter awak taknak kenalkan ker?”
“Oh, luper! Papa, ini Adi. Anak sedara mama Yue” anak kecil bernama itu lantas mencium tangan Hadi. Terkejut juga Hadi bila mendengar nama anak saudara Ayu itu. Adakah ini bermakna Ayu masih sayangkannyer??
“Eh, ari dah nak senja nih. Ayu ngan Adi lik dulu ek!”
“Err, sabo arr. Apa kater kiter gie makan McD. Alah cam biasa-biasa yang awak wat ngan anak saya tuh, leh? Dun’t worry, saya blanjer k! ” Ayu cuma mampu mengikut sahaja bila Adi ingin turut serta.

Pertemuan itu benar-benar meninggalkan kesan di hati 2 Insan itu. Ayu yang masih menyimpan harapan agar Hadi kembali semula di sisinyer amat gembira peristiwa itu. Begitu juga Hadi yang turut berharap agar berjumpa dengan gadis yang masih bertahta di hatinyer itu. Semenjak dari ari itu mereka berdua sering bertemu. Mereka berbual dan bersiar-siar di sekeliling taman itu. Kadangkala mereka akan menemani Ayu dan Adi bermain. Sebelum pulang, pasti McD menjadi tempat persinggahan mereka.

“Mak tengok rajin kamu teman anak kamu tuh di taman. Ada aper-aper ker?”tanya Sharifah Zubaidah pada suatu malam.
“Lerr, salah ker kalau Muhammad temankan Ayu bermain mak?”
“Idak arr.Mak gembira tengok kamu dah berubah. Cuma, mak dengar kamu dah bertemu semula dengan Ayu, betul ker?” terkejut Hadi mendengar kata-kata maknyer itu. Saper plak arr yang gatal-gatal mulut memberitahu hal ini kepada ibunyer?
“Há, terkejut? Muhammad, mak dah tau sumernyer. Ayu citer kat mak yang kamu kenal dengan mama Yue dier. Bila dier cakap yang nama mama Yue dier pon Ayu gak, mak dah bleh agak dah” Sharifah Zubaidah menyambung lagi.
“Muhammad, mak rasa ini dah ketentuan Allah nak. Peluang dah terbuka di depan mata. Cuma tinggal kiter yang menentukannyer. Buatlah keputusan dengan baik nak. Mak terima jer dan mak tak mahu Muhammad kecewa lagi” airmata Sharifah Zubaidah mengalir. Masih segar ingatannyer bila anakyer itu ditinggalkan isteri kerana mengikut lelaki lain. Hati mak mana yang tak pilu bila melihat anak kesayangannyer menanggung kesedihan yang amat bangat.

“Sudah arr mak. Jangan arr mak sedih. Pandai-pandai arr nanti Muhammad menguruskannyer, k!” lantas Muhammad memeluk maknyer itu.


“Aper, tangguh lagi?” soklan itu benar-benar membuat Haji Nasiruddin marah.
“Dah Alim yang cakap cenggitu, Yue nak wat camne. Gipon dier tengah bz ngan projek dier kat Redang tuh”
“Papa tak paham ngan korang berdua nih. Nak kawen tapi tak bersungguh-sungguh. Ingat arr umur kiter makin meningkat” Ayu hanya mendengar omelan papanyer itu. Dier paham akan perasaan papanyer itu. Namun terus terang dier katerkan dier berasa amat senang dengan keputusan itu kerana dier seolah-olah tidak begitu berminat mengenainyer. Walaupun begitu, ini bukan keputusan yang dibuat olehnyer bahkan Alim sendiri yang meminta menangguhkannyer. Sebelum ini sudah 3 kali Ayu meminta Alim menangguhkan perkahwinan mereka dengan alasan belum bersedia. Alim hanya akur dengan keputusan itu tanpa banyak soal. Yer arr, dier sendiri pon terlalu sibuk dengan projek-projeknyer yang semakin menimbun.

“Ntah arr, kalau korang nak kawen, kawen arr. Kalau taknak sudah!” Haji Nasiruddin terus berlalu. Pelik betul dier dengan gelagat anak-anak muda skarang nih. Bila kiter tak restu bukan main marah lagi but bile dah restu cenggini plak jadinyer. Hai, aper ler nak jadi! Ayu hanya mendiamkan diri. Apalagi yang harus dier pertahankan sedangkan itu hakikatnyer. Tambahan pula sejak dier menemui Hadi,kasih yang pernah cuba dipadamkan itu menyala kembali. Dugaan apakah ini?
Apa yang harus aku buat??

Air tasik kelihatan berkocak tenang. Burung-burung berkicauan megah di angkasa. Di tepi tasik ini arr menjadi tempat 2 insan itu betemu setiap hari.

"Awak, leh saya bertanya sesuatu tak?"
"Aper dier?"
"Erm...bleh Ayu tau ke mana mama Ayu pegi?" Hadi benar-benar terkejut ngan pertanyaan itu.
"Dari mana Ayu tau pasal nih?"
"Erm...adalah dari sumber-sumber yang bleh dipercayai. Marah ker?"
"Tak arr, cuma terkejut!"Mereka berdua saling mendiamkan diri.Hadi hanya mampu mengeluh.
"Takper arr kalau Hadi taknak citer.Sowi ek kalau soklan tuh menyakitkan ati awak"Hadi hanya tersenyum.
"I think it's time for you to know the true" Hadi memejamkan mata sambil mengingati semula kenangan itu.

Hujan lebat membasahi bumi pada malam itu. Hadi hanya termenung di sisi jendela. Ke manakah dier pegi?Tepon handset plak ditutupnyer. Hadi mengeluh. Tiba-tiba dier ternampak sebiji kete berhenti di depan rumahnyer. Saper plak tuh? Eh, itu Lisa!Saper plak yang anto balik tuh? Hadi hanya menunggu Lisa naik ke atas.
Dier mula merasakan perubahan Lisa yang ketara. Lisa sudah pandai pulang lewat dan dier tidak lagi menaiki kete sendiri ke tempat keje. Bile bertanya katernyer kawan satu pejabat menumpangkannyer.Alangkah terkejutnyer Lisa bila suaminyer tidak tido lagi.

"Eh, naper abang dok dalam gelap nih?"
"Sajer jer, takleh?"
"Watever arr"Setelah menukar baju,Lisa segera membaringkan dirinyer.
"where are you going Lis?"
"Keje arr"
"Ai, takkan keje lecturer pukul 12 malam baru nak terpacak kat umah?"
"Ader keje skit tadi. Budak-budak nak exam so kene arr settlekan sumer carry mark diorang" Hadi terdiam.
"Erm, dah jenguk ayu?"
"Alah, esok-esok pon bleh"Hadi menjadi pelik. Dier dapat rasakan Lisa tidak menyayangi anaknyer itu.
Pernah sekali sewaktu Ayu menangis, Lisa hanya memandang dan kendian memanggil bibik untuk menguruskannyer. Jika dier tidak mahukan anak, mengapa mesti dulu dier yang beria-ria untuk mengandungkan anaknyer. Walhal tika itu Lisa sedang bertungkus lumus di final examnyer.

Keesokkannyer...

"Eh, nak pegi mane nih?" Hadi terkejut melihat isterinyer bersiap-siap untuk keluar.
"Nak pegi campus jap. ade keje skit"
"Lis, ari nihkan Ahad. Takleh ker settlekan esok jer"
"Ala, penting arr benda tuh" seketika kendian terdengar bunyi hon dari luar umah.
"Ok arr, Lis pegi dulu.Bye" Hadi terkedu.Memang Lisa kini semakin berubah. Dier sendiri tidak paham mengapa Lisa berubah begitu mendadak. Adakah ini kerna dier benar-benar sibuk atau sebaliknyer??Hadi perasan bahawa Lisa selalu dihantar oleh kereta yang serupa. Siapakah itu??Hadi hanya termanggu sendiri dengan penuh persoalan yang tidak terjawab olehnye.


Taman tasik perdana amat sesak hari ini. Biasalah, hari minggu ramai yang senang menghabiskan masa bersia-siar ataupun beriadah. Ada pula segelintir dari mereka yang menemani anak-anak mereka bermain. Kelihatan sepasang merpati duduk sambil memerhatikan keadaan sekeliling.

"Hadi tau awak kuar nih?"tanya Sham memecah kensunyian di antara mereka.
"Tak" jawab Lisa malas.
"Lis, tak manis kalau kite berterusan begini. Ingat, awak tuh masih isteri orang"
"Isteri??Isteri yang cuma pada nama namun tidak di hati suaminyer, gitu?"
"Lis, tak baik Lis cakap camtu. Jika benar Hadi menganggap Lis begitu sudah pasti Hadi telah lamer melepaskan Liskan?Sepatutnyer Lis berbincang tentang perkara ini dengannyer. Mungkin Hadi punya sebab tersendiri mengapa die masih menyimpan barang - barang itu" Lisa hanya membisu sahaja. Masih segar di ingatannya tentang peristiwa 2 minggu yang lepas. Tika itu Hadi ke Terengganu atas urusan rasmi. Ntah naper hati Lisa meronta-ronta untuk membuka kotak milik Hadi yang menjadi tanda tanyernyer selama ini. Alangkah terkejutnya Lisa
apabila mendapati surat-surat dan hadiah-hadiah pemberian Ayu disimpan di dalam kotak tersebut. Hancur luluh hatinya apabila mengetahui Hadi masih mencintai gadis tersebut setelah dia membaca diari milik suaminya yang turut disimpan di dalam kotak tersebut. Jadi, untuk apakah perkahwinan ini?Adakah ini bermakna Hadi langsung tidak mencintai dirinya??


"Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh"
"Waalaikumussalam. Weh Adi!Bila ko balik sini" Shukri benar-benar terkejut melihat sahabat karibnya itu. Mereka berdua terus berdakapan mesra.
"Aku dah 3 bulan kat KL nih. Sowi arr tak bagitau ko. Aku bz sangat" Mereka berdua mula berbual mesra. Sekali sekala kedengaran hilai tawa kuar dari mulut mereka. "Eh, ko amacam skarang?Dah kawen ker belom?" tanya Hadi kepada Shukri.
"Insyallah bulan depan aku naik pelamin. Eh, jemput tau! Erm, ko lak camne?"
"Aku still ngan Lisa gi. Dah ade sorang anak pon"
"Yer ker?Al-hamdulillah!" tiba-tiba Shukri terdiam. Jika Hadi masih bersama Lisa, siapakah lelaki di samping Lisa semasa dia bersiar-siar di KLCC kelmarin?Mungkin cousin or adik-beradik Lisa kot...Shukri hanya menyedapkan hati sendiri.
"Shuk, ko leh temankan aku tak weekend nih?"pertanyaan Hadi mengejutkan lamunan Shukri.
"Err, nak p mana?"
"Aku ingat nak p Mid Valley. This weekend is Lisa's besday. I need to buy something for her. Surprise!" Hadi hanya tersenyum.
"Ok, no hal".

Mid-Valley - Ahad

Seperti hari-hari biasa Mid-Valley sarat dengan kunjungan ratusan manusia. Ada yang membeli belah tak kurang juga sekadar mencuci mata. Namun biasanya mereka akan menghabiskan masa menonton wayang di GSc ataupun bermain boling. Hadi dan Shukri masih lagi berjalan-jalan sambil melihat barang-barang yang dijual. Buntu juga kepala Hadi untuk memilih hadah yang bakal diberikan pada hari lahir isterinya hari ini. Nak beli ape ek??bisik hati Hadi. Sedang asyik Hadi membelek pinggan kristal di salah satu outlet di situ, tiba-tiba Shukri menarik tangannya.

"Weh, pesal nih?"
"Erm..Di, jom kita p belah sana plak. Aku rasa pinggan nih tak cantik arr"
"Ko nih pehal?Bagi arr aku tengok sat. Lisa suka barangan kristal nih" Hadi masih lagi ingin membelek pinggan tersebut.
"Alah, nanti-nanti arr. Kitakan tak Asar lagi. Jom arr!"dengan perasaan pelik Hadi mengekori Shukri yang kelihatan mengelabah itu. Sesekali Shukri menoleh ke belakang.
"Ko pehal nih Shuk?Semacam jer?"
"Takder ape-ape arr. Aku memang camni. Kalau aku rasa lain macam tuh ha maknanya ade benda arr yang aku lupa nak wat tuh" terang Shukri.
Hadi hanya mengeleng-gelengkan kepala. Setelah selesai solat, mereka berjalan-jalan lagi. Ntah camna Hadi tergerak untuk masuk ke Jusco. Shukri hanya mengikut saja. Tiba-tiba mata Hadi terlihat sepasang manusia sedang bergurau senda sambil membelek barang-barang di situ. Shukri kelihatan panik. Tak sangka sepasang merpati itu berada di sini sedangkan itulah yang cuba dielakkan dari pandangan Hadi.

"Jom kite balik"Shukri hanya menurut. Dia hanya berdoa agar tiada apa-apa akan berlaku pada kawannya nanti!!

"Awak ke mana tadi?" Hadi menyoal Lisa yang baru saja naik ke bilik.
"Saya ada meeting tadi"jawab Lisa malas.
"Meeting?Meeting di Mid-Valley, gitu?" Lisa tersentak. Dia nampakkah atau ada yang memberitahu tentang perkara itu?
"Saya meeting arr bang. Tak caya cubalah tanya Zakiah"
"Ok" Hadi terus mendail nombor Zakiah.Lisa memang tersentak dengan tindakan Hadi. Lidahnya kelu dan kaku.
"Hello,bleh saya bercakap ngan Zakiah"itu saja yang mampu didengari oleh Lisa. Airmata mula bergenang di kelopak matanya.
"Erm, Zakiah kata ari nih takder apa-apa meeting pon. Can you explain it, Melissa?"Hadi hanya merenung isterinya itu. Tidak di sangka Lisa sanggup berbuat begitu padanya. Lisa masih lagi terkaku di sisi jendela. Dia tidak mampu untuk berkata walau sepatah pon. Hanya airmata yang bisa menceritakan segalanya!!Mulai dari saat itu rumahtangga Hadi mulai bergoyang. Masing-masing tidak mampu lagi mempertahankan mahligai yang kian runtuh itu. Walaupun Lisa cuba untuk mempertahankannya namun sia-sia. Hadi berasa sungguh kecewa
dengan tingkah laku Lisa itu.Patutlah Shukri mengelabah ari tuh dan patutlah ramai kawan-kawannya berubah air muka bila dia mengatakan bahawa dia masih bersama dengan Lisa walhal teman-temannya selalu terserempak Lisa bersama dengan lelaki lain. Selepas 2 minggu dari kejadian itu, Lisa tekad mininggalkan rumah dan meminta dia dilepaskan.Lisa tidak mahu membawa Idayu bersamanya kerana dia ingin memulakan hidup yang baru bersama lelaki itu!!

"Sowi, Ayu tak berniat pon nak mengungkit cite lamer"kata Ayu setelah Hadi habis bercerita.
"Takper. Eh, dah nak Maghrib nih!Jom kita balik" Ayu dan Hadi melangkah beriringan. Masih ada harapankah mereka akan terus bersama?