Wednesday, December 2, 2009

Realiti Hidup `Friendster Part 4

Yahoo msger.
Im : Alo.
Mee : imaaahhhhh
Im : yup…
Im : lama mee menghilang, bz ke?
Mee : outstation la syg..
Im : ye ke…
Im : windu imah x ?
Mee : mestilah..:) , mee ade bw pic imah bersama. Kalau x dapat nak tido tu, mee tengok pic imah dulu.
Im : Hah?…..er….tul ke? X kan lah mee bw pic tu sekali.

Alamak mamat ni angau la plak ngan pic model tue…. X habis2..matilah aku!
Mee : Imah,dah tempah tiket ? Mee x sabar nak jumpa imah ni.
Im : Memang datang situ pun, tapi imah bawa parents kut..so susah la nk jumpa mee.
Mee : Aikk, lain je bunyinya mcm x nak jumpa mee je. Dah lupa ke janji imah tue..nak mandikan mee.
Im : Ha….x lupa..imah ingat lagi , mee jgn risau.
Aduhhh..mmg aku risau,.. nnt jumpa real kang, x pasal2 mamat ni lari! Gila bayang dgn pic tu.. ...habislahhh…
Mee : Nanti malam ni mee call ye, bole?
Im : Ok.. imah tunggu.


Tut..tut..
“Alo.”
“Alo, imah..kenal x?”
“Em..sape yek..?”
“Alahai, smpai ati buang nombor saya?”
“X de lah…mungkin ter erase kot…sori..jap..jap imah teka..em… sape yek?..”
“Imah ni,..kecik ati tau. Jahat imah. Ni mesti ramai boy..ni, sebab tu x ingat yg mana satu.”
“Bukan mcm tu..Sorry.”

Suara ni mcm pernah dengar tapi..ntahlah..nak kata mee, x juga. ????
“Ini Is la.”
Is?!! Aku senyum meleret2..aku ni pelupa sungguh. Nombor Is saja aku erase . memenuhkan phonebook aku jek.
“Sorry is..imah x sengaja k”, suara memujuk.
“Ye la tu.”
“Is mintak mf la sbb dh lama x keep in touch ngan imah. Is bz sesangat.”

Ewaa..aku baru je rasa bersalah dia plak yg mintak mf. Adehh.. cair ..aku dibuatnya.

“X pe mee, imah maafkan. Opssssssssssssssss…mati..mati..salah sebut!”
“Mee?..sape mee?..ha..kantoi..kan betul ape jangkaan is..imah banyak boy..”
“Bukan is..bukan camtue..imah nak makan mee goreng. Nak pesan dekat abah. Sebab tu terkeluar mee. Alahai is..ni mcm tu pun merajuk!”

fuuuhh…cepat2 aku cover gelabah. Nasib baik ada idea sepantas kilat.

“Ok..masuk akal alasan imah tue. Tapi, kalau imah bohong pun, imah yg dapat dosa tau.”

Dah tahap serius, mamat2 ni dgn aku. Timbul lak rasa bersalah.

“Ah..knp diam?”
“imah x tipu. Sungguh.”
“Lupa nak tanya, is sihat? Dah makan?”

soalan yang biasa ku ajukan kepada teman2 chatterzz..

“Alhamdulillah, sihat.”
“Is, imah nak g makan dulu ye. Kita berbual lain kali.”
“Ok..jaga diri ye..a’kum.”
“W’salam.”

Aku diserang dengan perasaan serba salah. Sebenarnya bukannya nak makan pun, Cuma rasa x sedap ati terus menerus berbohong. Kalau iye pun diorang angau dengan pic tue, takkan aku nak amik kesempatan nak mainkan diorang. What next,..nak game over ke????

“Yo, what’s up gal!”
“Oh..kau..knp x call dulu, nak datang.”
“Aik..ko ni mcm x biasa plak”.
“Ko buat pe ni?”
“X nampak aku kemas bilik. Ha, ko langkah kiri hari ni, tolong aku kemas. Bersepah bilik aku ni. Nak buang barang2 yang x guna ni.”
“Problem sungguh la ko ni imah..aku kuar dr rumah pun, sebab nak relax. Datang umah kau plak..ini aku dapat.”
Maz dengan muka masam yang mencuka.
“Nak tolong ke x ?”
“Yelah2..”
“Walkman ni dah rosak ? ”
“Ntahlah,…dah berapa kali aku tukar bateri masih x le main..gerammm!”
“So, ko nak buang la ni?..x sayang..? kan banyak memori dengan walkman ko ni?”
“Ape memori?!buat sakit ati ader la.”
*
Ada ‘history’ disebalik walkman ini.
“Saya nak tengok betapa ‘confident’ nya kamu dgn diri kamu sekarang ini.
Ok, siapa yang rasa yakin dirinya lawa..berdiri sekarang.”

Masa tu aku asyik dengan walkman. Sesi ceramah, motivasi, atau apepun la yg memerlukan aku mendengar ‘ber` jam2’ memang x tahan. Utk menghilangkan kebosanan, dengar muzik lg best. Kan? Lagipun duduk belakang. Maz plak amik kesempatan dalam kelekaan aku. Dia sengaja tu nak kenakan aku. Kita org hampir2 jd musuh ketat. Oleh kerana dia ni byk kemudahan, aku bersabar je lah.. heh.

“Imah nama kau dipanggil.”
“Ape..aku?”
Aku yang tak tau apa2..Cuma menurut kata maz.
“Ye saya.”
“Seluruh dewan gelak.”
Gelak2 apa ntah. Aku buat salah ke? Dah dia panggil, aku berdiri lah!sakit ati..melihat mata tertumpu ke arah ku, senyum2 lalat lak tue!
Akak faci tersenyum.
“Nama awak sape?..”
Aikk..tadi kata panggil nama aku..sekarang ni tanya nama aku lak..pelik2..
“Nur Aziemah.”
“Ohh..aziemah. jadi, kamu yakin kamu lawa.”
“Hah?!!!!..lawa?..sape?..saya?..”

Sekali lagi dewan riuh dengan gelak tawa,tidak ketinggalan maziah.
“Ye kamu. Saya tanya kalau kamu konfiden kamu lawa, sila berdiri. Dan ini adalah ujian setakat mana yakinnya kamu pada diri sendiri. Saya kagum dengan semangat kamu. Terima kasih aziemah sila duduk.”

“Sialan kau maz…”
“Sori…sori..”
“Ah..blah la..”
Tergedik2 maz memaut tanganku!
Keesokan harinya aku popular dengan sekelip mata. Mana taknya, perasan lawa..konon!..adeh..sian aku..baru sehari dua dah buat hal..
*
“imah, kau masih dgn budak2 friendster kau?”
Maz memecah lamunanku.
“Masih. Aku rasa nak betulkan keadaan la. Ko rasa maz?”
“Terpulang pada kau..insaf ye?”
“X juga. Tapi aku x sedap hati la.”
“kenapa? Dah ‘waterfall” ke?
“x lah,.. budak friendster tue nak buat aku fall in luv?..’nehi kabi nehi’! tulonn sikit.. belum masanya.”
“ape susah direct 2 the point la”. Cakap terang2 habis citer. Diorang terima @ tak lantaklah.”
“itu lah yg susah tue. Sebab time nak ckp perkara sebenar tu, rasa berat sangat..”
“nak nasihat aku?…senang saje, teruskan..n don’t give up. Diorang yg gila bayang dgn pic tue, so teruskan kegilaan diorang. Ko ingat diorang tu jujur juga.sorry aku cakap..’sepesen’ juga mcm kau.”
“tul juga..”
“Ko dah x kontek c zaki tu lagi?”
“Zaki?..mane la dia ingat dekat aku lagi.”
“Ingat x lagi imah, masa keluar buat assigment dengan zaki.”
“Ingat..malu siutt..”
“Masa tu, engko punya la sopan. Pakai baju kebaya. tapi, rosak..rosak..ade ke patut bawa ‘taik kucing’ masuk dalam kereta. X ngaku plak tu!.macam la kita org ni buta. Kete pinjam lak tu.., Nasib baik la si zaki tue cool je.”
Maz ketawa x henti2.

“Sudah..sudah..malas aku nak ingat. Tapi, kalau ko perasan ‘taik kucing’ tu la luck kita tau tak!..sebab lepas tu, dalam byk2 kilang..kilang selepas aku bawak taik kucing tu la baru kita diterima. Maklumlah masing2 kan ‘terror’ ‘speaking london’!..
“Eleh…tuah konon.. ngaku je lah..ko tu dah malu gila”.
“Dah..dah..Ubah topik.”

Tit..tut..
Em..yahoo msger, sape plak ni.

Tiger wood: aloo…bz ke?
Ohhhh…. Tiger rupanya.
“Maz..tolong kemas dulu ya..imah nak balas msg ni.”
“Amboi..sedap mulut ko yek..aku ko biar mengemas..engko syok2..nak chat.”
“Ala…kejap je..bukannya lama pun..jap jek. Bagi aku 15 mint.”
“Ambik engkau!” Sambil menghala penumbuk ke arah ku..
“Jap…la.. .”

Im : x bz la..tgh kemas2 ni. Tengah rehat ke? Dah makan?
Tiger wood : lum, nak ajak imah g makan. Saya blanja. Hr ni dapat bonus.
Im : em..ye ke..jom makan pizza.
Tiger wood : g la siap cepat saya tunggu.
Im : wokey..ready..jom.
Tiger wood : ape lagi pesan la.
Im : dua chicken supreme
Tiger wood : siap
Im : soup, n garlic bread, deli wing, salad, n ice cream
Tiger wood : siap, siap, siap…ha makan la..sebelum tu baca doa dlu.
Im : allahumma…..
Tiger wood : amin
Im : makan. Ok dah kenyang. Yg lain ni mcm mana nak habiskan?
Tiger wood : ha, itulah..order mcm kebulur. Sekarang membazir?
Im : bungkus lah..ape lagi.
Tiger wood : imah..imah..ni baru saya test nak bawa makan, dah buat pe’el..kalau betul2 kang, sy yg rugi. Nasib baik x betul. Save duit saya.
Im : ceh..kedekut.. simpan la duit tu, ..memang malang la sape dapat awk ni. Pakwesss kedusss .Ok la..aku nak mengemas ni..bye..a’kum.
Tiger wood : w’salam. Bye bucuk !

Tiger baru je aku kenal nak dekat sebulan. Aku memang serasi dengan mamat ni. Macam ader ‘chemistry’ la pulak. Ngan dia ni..aku ‘tara’ tipu punya. Semuanya ‘honest’. Cuma, bab pic, aku x bagi dia tengok lagi. Dia x kisah pun. Dia kata pic bukannya penting sgt pun, janji ble bawak sembang. Emm, gud boy. Tapi kadang2 dia ni suka sangat menyakat. Satu benda je dia x nak bagi tau pasal real namenya.. aku pun x kisah juga..lantaklah. bukan senang nak jumpa kawan chating mcm ni. Sekepala beb!
*
aku menyambung kerja.
“Ko tau maz semalam kawan chating aku dr India call. Pelik sungguh nombor diorang, 0301..speaking pelat keindian ..haram aku x faham satu pun.”
“Habis tu, mcm mana ko jawab?”
“Hehe..aku buat2 line x clear la. Aku jawab2 sikit je.how are u, fine tq, ok, what, oic, tq, bye. Hehehe.”
“Nasib ko lah..sapa suruh cr pasal. Ramai2 org di Malaysia ni, si Javed tu juga ko layan.”
“Aku bukan apa.. kalau selalu chat dengan dia aku ble la improve la.. English aku ni. Lagipun dia x ketawa, malah betulkan grammar aku.”
“kira baik la tue, pas ni ko plak ajar aku..cepat2 kemas ni..kita kuar”.
“Ok boshhhhhhhh.”
“Ko tunggu aku kat luar. Aku nak bersiap kejap. Sbelum kuar tue ble tolog sembur jap bilik aku dgn minyak wangi ni. Biar harum semerbak sikit”
“Ko x mandi lg ye? Patutlah bau. Ok2..cepat tau!”

Aku bersiap2 sementara maz menunggu di ruang tamu.
*
ok..jom..
“pakcik, makcik, maz pergi dulu ye”, adat org melayu kena mintak izin.
Mak, bah g dulu ye.. sambil tu hulur salam.
“Hati2 bawa kete tue. Jgn balik lambat”, pesan mak.
“Imah nak kuar tue tolong usha pompuan melayu terakhir tuk abg fiq ko ni”, abah cuba bergurau.
Abang fiq ape lagi menjeling tajam la. Peluang keemasan mcm ni mana ble terlepas, kena kenakan abg fiq juga!

“Maaf la abah, orang dah x laku nak buat mcm mana kan..”
“Tolong sikit.. 1 pergi 10 mari tau!.”
“Wahhh,.. ‘terconnect’ ye bang, ingatkan ‘enggage’ tadi. Aik..jgn nak perasan, sape yg pergi..sape yang mari?.. abang tue gf satu pun x de tau.., dah la bang..kalau x laku tue..diam2 je lah.”
“Sudah..sudah”,..mak mencelah.
“Ok lah mak, bah.. g dulu. Abang fiq .. jalan dulu ye”.
Walau sekerap mana pun kita org gaduh, aku tetap hormati abg fiq sebagai abang. Kena hormat n sayang..sebab satu2 nya abg aku. Yg x best nya, kedusss ..tu je!