Wednesday, December 2, 2009

2 Insan Part 14

Kawasan pinggir pantai Tanjung Rhu kelihatan sibuk sekali. Bunyi jentera serta orang bertukang memeriahkan suasana kawasan itu. Kelihatan sepasang manusia berjalan seiringan sambil si jejaka menerangkan sesuatu pada gadis itu. Setelah
puas melawati site tersebut, mereka masuk ke site office untuk menghilangkan penat.

"Yue,duduk dulu ek. Saya nak ada keje nak settlekan sekejap"Ayu hanya menganggukkan kepala. Sedang asyik dia membelek majalah yang diletakkan di suatu sudut di site office itu, tiba-tiba dia dikejutkan ngan satu suara.
"Assalamualaikum Yue, watpe Yue kat sini?"
"Waalaikumussalam. Err, Yue em..."belum sempat Ayu menjawab tiba-tiba Hadi muncul di situ.
"Eh, Halim. Lama saya tunggu awak kat sini. Oh, yer kenalkan ini Ayu. Ayu ini Halim engineer yang handle projek saya nih" Halim menghulurkan salam lalu disambut dengan ragu-ragu oleh Ayu.Tidak tergambar betapa resahnya Ayu menghadapi situasi begitu.
"Oklah Halim, shall we discuss it now?"Halim hanya mengangguk.Sebelum meninggalkan Ayu, sempat juga dia menjeling ke arah gadis itu. Sesungguhnya dia amat marah dan mengerti apa yang terjadi kala ini!!


"Nape tak bagitau Alim yang Ayu datang ke sini?" Alim memulakan bicara setelah menyepikan diri sedari tadi.
"Ayu pon baru sampai semalam. Ingatkan nak wat surprise kat Alim" Ayu menjawab. Sememangnya Ayu ingin mengejutkan Halim dengan kedatangannya ke Langkawi kerana esok merupakan hari lahir Alim.
"Surprise??Memang surprise pon!Camne Ayu leh kenal ngan Hadi?"Ayu hanya memandang wajah jejaka di hadapannya.Apa yang patut aku katakan?
"Nape tak jawab soalan Alim?Takut?"
"Erm...dia..erm...dia x-bf Ayu dulu"Alim terkejut. Tidak disangka lelaki yang kini menjadi sahabat baiknya kini pernah bertahta di hati Ayu. Alim mengurut-urut kepalanya.Terasa berat beban yang menanggungnya di saat ini.
"Ayu mintak maaf kalau menyinggung perasaan Alim. Ayu harap Alim tak salah anggap pada Ayu. Ayu datang kemari semata-mata menemani anak Hadi kerana dia benar-benar rindukan Hadi"Ayu berharap penjelasan itu mampu membuatkan Alim tidak salah faham padanya.Alim mendongakkan kepalanya lantas memandang gadis di sisinya. Dia tahu ada kejujuran di sebalik kata-kata Ayu itu.
"Alim percayakan Ayu, don't worry, k!" lantas memegang tangan Ayu seeratnya.

"Kita nak ke mana nih papa?"tanya Ayu yang berjalan berpimpinan tangan ngan Hadi.
"Pegi dinner sayang. Papa nak bawak sayang makan tempat best malam nih" Ayu hanya tersenyum melihat gelagat anak -beranak itu. Hari ini Hadi membawa dia dan Adi (anak buah Ayu) ke satu restoran yang terkenal di Langkawi. Tidak dinafikan
makanan di situ memang enak. Sedang asyik melayan selera, sekali lagi Ayu dikejutkan dengan kedatangan Alim.

"Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam. Eh, Alim jemput arr duduk sekali" pelawa Hadi. Ayu hanya merenung Alim yang turut memandang ke arahnya.
"Tidak menganggukah?"
"Eh, tentu sekali tidak.Jemputlah" Alim terus duduk di sebelah Ayu. Ingin sahaja dia memberitahu Hadi bahawa Ayu itu adalah tunangnya namun melihat anak Hadi begitu rapat dengan Ayu menjadikan Alim serba salah. Lagipun sepanjang
dia berada di Langkawi, Hadi melayannya dengan baik. Pernah sekali sewaktu dia pening kepala, Hadi terus membawanya ke hospital. Dia sedang berkira-kira waktu yang sesuai untuk memberitahu hal tersebut kepada Hadi.
"Eh, jauh menung?Ingat kat tunang ker?" pertanyaan Hadi menganggu konsentrasinya itu.
"Erm..tidaklah. Dia sendiri pun tak ingat kat kiter...apalah gunanya" Ayu berasa tersindir ngan jawapan Alim itu.
Dia sendiri serba salah merahsiakan statusnya pada Hadi. Namun, Hadi tidak pernah bertanya, takkan itu harus diberitahu?
"Erm..apa kata kalau ajak sekali tunang ko kemari. At least boleh jugak berkenalan dengan kitaorang di samping temankan ko di sini" Ayu dan Alim saling berpandangan.Apa yang patut mereka katakan?
"Err, insyallah. Lagipun dia pon bz ngan keje dia. Lain kali kot"Alim memecah keserabutan kepala dengan jawapan tersebut. Hadi hanya mengangguk tanpa dia sedari 2 kekasih sedang dalam dilema yang dasyat!

Angin bayu menghembus lembut ke wajah teruna yang duduk berteleku di tepi pantai itu. Hatinya langsung tidak gembira meskipun tunang sendiri berada di hadapan mata. Dia masih berfikir cara apakah yang terbaik baginya untuk menghuraikan rahsia di sebaliknya.
"Assalamualaikum,leh aku duduk"terkejut alim bila melihat susuk tubuh lelaki itu di sisinya.
"Waalaikumussalam. Duduklah" jejaka itu terus melabuhkan diri di sebelah Alim. Kedua mereka hanya membisu tanpa sepatah bicara. Masing-masing sibuk melayan perasaan sendiri.
"Sejak bila ko kenal Ayu?"Alim memulakan bicara.
"Erm..5 tahun lepas. Dia tuh x-gf aku sebenarnya"
"Oic. Leh aku tau nape ko break off ngan dia?"soalan Alim itu benar-benar mengejutkannya. Namun dijawab juga dengan senyuman.
"Panjang ceritanya. Apa yang boleh aku katakan jodoh tak menyebelahi kami"Hadi merenung jauh ke dasar laut. Tidak disangka tergambar kembali di fikiran kejadian yang menyakitkan itu.
"It's ok aku paham"
"Erm, ko tanya-tanya nih naper?Ko kenal Ayu ker?"
"Actually Ayu tuh kawan lama aku.Dah hampir 14 tahun kitaorang kenal"
"Oic. Patutlah ko terkejut bila nampak Ayu hari tue" Hadi perasaan akan riak wajah Alim bila melihat Ayu tika dia keluar dari biliknya. Dia juga dapat melihat kekeruhan di wajah Ayu tika melihat Alim semalam. baru semalam dia sedari yang dia pernah melihat wajah Alim sebelum ini namun dia sendiri tidak pasti di mana.


Malam semakin merangkak ke pagi namun matanya masih tidak mampu dipejamkan. Pertanyaan Alim petang tadi sedikit sebanyak mengugat kembali ingatannya terhadap kenangan lama.

Petang itu suasana sunyi menyelubungi kawasan perumahan Mutiara Damansara itu. Hadi hanya terduduk lesu apabila melihat Lisa mengangkat beg-begnya keluar dari rumah tersebut. Lisa kemudian berjalan ke arahnya lalu duduk bersimpuh
di hadapannya.
"Abang, Lis mintak maaf jika apa yang Lis lakukan ini menyakiti hati abang. Namun percayalah Lis sendiri tidak sanggup melakukannya. Lis lakukan semua ini untuk kebahagiaan abang jugak"Hadi hanya tersenyum sinis.
"Abang, Lis rasa biarlah Lis beritahu abang perkara sebenarnya. Lis tak sanggup lagi menyimpan rahsia yang telah terpendam sekian lama. Lis harap abang dapat maafkan Lis"Lisa menarik nafas sebelum menyambung kata-katanya.
"Abang, sebenarnya gambar Ayu dan lelaki lain itu adalah keje Lis dan Sham. Ayu sebenarnya tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan lelaki dalam gambar tersebut. Aperpun Lis lakukan semua itu adalah untuk membuat abang bencikan Ayu. Abang sendiri pun tahukan yang Lis meminati abang. Itulah sebabnya Lis buat perkara begitu"Hadi tekejut dengan kenyataan dari mulut Lisa itu.
"Satu lagi...erm...Lisa juga letakkan ubat guna-guna dalam minuman abang sewaktu abang sedih bangat bila melihat gambar itu. Lis mintak maaf abang tapi percayalah Lis buat begitu kerana cintakan abang!"berdesing telinga Hadi
bila mendengar kata-kata Lisa itu. Tidak disangka isterinya itu tergamak melakukan perkara yang dilaknat Allah itu.

Lisa terus menyambung
"Abang Lis berasa sangat bahagia bila abang menjadi milik Lis. Lis ingatkan bila Lis berjaya memiliki abang sepenuhnya. Rupa-rupanya Allah itu Maha Besar bang, sampai sekarang Lis akui hanya satu jer yang Lis tak mampu miliki....hati
abang!"serta merta airmata jatuh di wajah Lisa.
"Abang, dalam diam-diam Lis telah membuka kotak dan purse abang. Hancur hati Lis bang bila melihat isi kandungannya. Rupanya abang masih menyimpan ingatan terhadap dia!Lis bencikan dia bang dan Lis cemburukan dia. Nape bukan Lis yang
berada di hati abang,nape bang?"esakan Lisa makin menjadi namun Hadi hanya mendiamkan diri.
"Apapun Lis sedar biarpun berapa lama Lis bertahan, Lis takkan mampu mencuri hati abang itu. Lis tewas bang!Biarlah Lis pergi dari sini. Lis harap abang paham dengan tindakan Lis ini" Lisa mengesat air matanya lalu memegang tangan Hadi.
"Bang, ampunkan kesalahan Lis. Halalkanlah makan minum jua. Lis doakan abang berbahagia dengan orang yang abang cintai itu. Katakan padanya dia memang yang terbaik dan dia telah menang dalam pertandingan ini"Lisa berkata lagi
"Abang, pergilah cari Ayu kembali. Sinari kembali hatinya dengan kasih sayang. Lis pasti dia sedang menunggu kehadiran abang. Lis pergi dulu"setelah bersalaman dengan suaminya buat kali terakhir, Lisa melangkah longlai. Ditinggalnya Ayu
dalam jagaan Hadi. Dia dan Sham akan berangkat ke London dan memulakan hidup yang baru.Hadi hanya mampu terdiam dan semenjak dari hari itu, tingkah lakunya jua turut berubah. Pendiam, mementingkan kerja dan pemarah kini menjadi habitnya. Namun kata-kata semangat dari keluarga dan melihat Ayu kian membesar di matanya menyebabkan dia bertekad untuk berubah. Ditambah lagi dengan kehadiran Ayu dalam hidupnya semula memberikan dia harapan baru dalam hidup. Wajarkah kini dia menyambung kasih yang pernah putus di tengah jalan itu?Adakah Ayu masih sudi menerima huluran cintanya??