Seperti biasa Hadi bangun awal pagi untuk berjogging. Dihirupnya udara yang segar dan jauh dari pencemaran itu sepuas-puasnya. Sedang asyik dia berjogging tiba-tiba matanya menatap sepasang manusia sedang bersiar-siar di pinggiran pantai. Kelihatan pasang itu amat mesra dan ceria. Apakah hubungan mereka??Jika sekadar sahabat, takkan mereka semesra itu?Teringat kembali perbualannya dengan Alim semalam. Adakah mereka merahsiakan sesuatu dari aku??Tapi apa??
Ayu sedang leka menyiapkan Adi dan Ayu tika Hadi datang untuk menjemputnya untuk pergi bersiar-siar. Hadi dan Ayu hanya mendiamkan diri tika dalam perjalanan mereka.
"Hadi, Ayu ada sesuatu yang ingin diberitahu"tiba-tiba Ayu memecahkan kesunyian mereka.
"Apa dia?"
"Erm...sebenarnya Ayu dah bertunang"hampir tersentap jantung Hadi bila mendengar kata-kata Ayu itu.
"Maaf jika Ayu merahsiakannya dari Hadi. Ayu tidak berniat langsung untuk merahsiakannya, percayalah!"
"Dah berapa lama bertunang?Dengan Alimkan?" kini gilran Ayu yang terkejut.
"Erm...hampir 8 bulan. A'ah"
"Congratulation!Saya tumpang gembira wak" Hadi dengan girang bersuara walaupun hatinya tersayat luka.Ayu hanya mampu tersenyum tawar. Dugaan apakah ini tuhan?
Hari ini adalah hari terakhir Hadi dan Alim di site. Mereka akan melawat ke site setiap bulan bagi memastikan kerja-kerja pembinaan berjalan dengan lancar. Alim begitu sibuk melihat rangka-rangka pembinaan dan mengarahkan pekerja-pekerja manakala Hadi pula sibuk menguruskan segala prosedur sebelum dia pulang ke Kuala Lumpur petang itu. Entah mengapa hatinya tiba-tiba tergerak untuk melihat pembinaan restoran itu sebelum berangkat ke hotel. Sedang asyik dia meninjau-ninjau sekeliling site tiba-tiba terdengar suara menjerit
"Hadi, hati-hati!" dan satu tolakan kuat menerpa ke tubuhnya. Terkejut sungguh dia dengan kejadian itu dan lebih mengejutkan bila Alim telah terbaring kaku manakala darah mencurah-curah keluar dari kepalanya.
"Panggil ambulan cepat!!" jerit Hadi lantas menerpa ke tubuh Alim itu.Digagahkan tubuhnya itu mengangkat Alim dan berlari ke arah ambulan yang kebetulan sampai tepat pada waktunya.
"Alim, please survive!I need you alive" kata-kata Hadi antara kedengaran dan tidak tika dia menemani Alim ke hospital.
Suasana hiba menyelubungi kawasan hospital Langkawi itu. Adi dan Ayu yang kecil itu hanya memandang Ayu yang menangis dengan perasaan yang sukar mereka mengertikan. Tidak disangka kata-kata Alim tempoh ari menjadi duri dalam hidupnya kini.
"Yue, mahukah Yue berjanji dengan Alim"kata Alim sambil mengenggam tangan Ayu erat tika mereka bersiar-siar di tepi pantai.
"Apa dia?'
"Berjanjilah, jika Alim tiada lagi di dunia ini, Ayu akan meneruskan kembali sesuatu yang pernah putus dahulu"mati langkah Ayu bila mendengar kata-kata itu.
"Apa maksud Alim ini?Jangan nak merepek, k?"
"Sungguh! Berjanjilah bahawa Ayu akan hidup bahagia ngan orang yang Ayu cintai bila Alim dah takde nanti, k"
"Ayu hanya cintakan Alim sorang, takder orang lain, k !" Alim hanya tersenyum memandang wajah gadis yang dipuja sekian lama itu.
"Alim tahu. Itulah sebabnya Alim minta Ayu berjanji, bolehkan?"Ayu hanya mendiamkan diri. Apalah yang orang tua nih merepek nih. Jeles arr tuh! Desis hati Ayu tanpa dia mengetahui kata-kata itu penuh dengan maksud yang tersirat. Sedang asyik Ayu mengelamun, tiba-tiba doktor keluar dari bilik kecemasan.
"Bagaimana dengan keadaan Alim doktor?" tanya Hadi yand sedari tadi membantukan diri.
"Dia kehilangan banyak darah.Kami telah sedaya upaya menyelamatkan dia. Kita berserah sahaja pada Allah"
Hadi terdiam dan hanya mampu memandang wajah Ayu yang kian luruh air matanya.
"Boleh kami melawat dia?"
"Silakan" Hadi membawa Ayu masuk ke bilik ICU itu. Kelihatan sekujur tubuh tidak bermaya diulit-ulit wayar-wayar dan kini hanya bergantung pada alat oksigen untuk terus bernafas.Ayu menghampiri tubuh itu.
"Alim, Yue datang nih!Bangunlah" ujar Ayu perlahan. Air matanya menitik melihat tubuh yang sarat dengan wayar itu.
"Alim, kita dah janjikan nak idup sama-sama. Alim lupa ker?"ujar Ayu lagi.
"Yue, sabarlah!" kata Hadi sambil memegang bahu Ayu.
"Ini semua salah Ayu. Kalau Ayu tak datang sini pasti takkan jadi begini"
"Yue, tak baik cakap camtu! Ini semua ketentuan Allah, bukan kita" Ayu terdiam. Ya Allah, apa yang aku katakan nih?Sepanjang hari dia setia menemani Alim di hospital. Cuma sesekali Hadi datang menjenguk, itupun dengan membawa Ayu makanan sambil bertanya perkembangan selanjutnya dari pihak hospital. Ahli
keluarga Ayu dan Alim telahpun diberitahu dan mereka dalam perjalanan ke sini.
"Ayu, makanlah sikit" hadi menyuakan makanan pada Ayu.
"Takder seleralah"
"Makanlah sikit. Alim pasti sedih bila tengok Ayu camni"Ayu hanya terdiam.Apalagilah yang harus dia katakan. Menangis arimata darah sekalipun, tidak mampu mengubah keadaan!Tiba-tiba kelihatan tangan Alim bergerak.
Hadi yang turut menyedari kejadian itu segera memanggil doktor.
"Ayu.."Alim bersuara penuh kepayahan.
"Yer Alim. Ayu kat sini"
"Yue, ber....berjanjilah bahawa Ayu akan tunaikan permintaan Alim semalam ek!"
"Alim, jangan cakap camtu. Ayu pasti Alim akan sembuh dan kita akan bahagia lepas nih"Alim sekadar tersenyum.
"Yue, andai mata Alim ini tertutup, beritahu mak yang Alim mintak maaf atas segala dosa Alim. Begitu juga pada papa dan mama Yue. Minta mereka halalkan makan minum Alim yer"Airmata Ayu menitis laju.
"Alim, sabar ek!Buat mengucap.Jangan bercakap lagi...banyakkan berehat ek"
"Yue, Alim mengantuk nih. Sampaikan salam Alim pada Hadi ek!Ayu, percayalah Alim akan sentiasa menyayangi Ayu selamanya. Halalkan makan minum Ali dan maafkan Alim kerana tidak dapat membahagiakan Ayu"Ayu hanya
mampu mengangguk. Sekumpulan nurse dan doktor menyerbu masuk ke bilik itu. Hadi dan Ayu diminta keluar dari bilik tersebut. Seketika kemudian doktor keluar dari bilik tersebut.
"Pada Allah kita dijadikan dan pada-Nya kita kembali" Hadi berdiri kaku manakala Ayu terus menerpa ke dalam bilik. Tidak disangka percutian ini membawa bayangan duka buat mereka!
Tanah merah menyambut kedatangannya buat kesekian kali. Sejak dari peristiwa itu, dia tidak berhenti-henti menjadi pengunjung setia tempat itu. Setelah surah Yasin dan Al-Fatihah dibaca, dia duduk berteleku seketika di situ.
"Alim, Yue datang lagi. Maaf jika selepas ini Ayu akan jarang ke sini. Walau apapun percayalah Alim adalah sahabat dan kekasih yang amat Ayu kagumi dan kasihi. Terima kasih memberi secebis kasih sayang dan harapan buat Ayu tika Ayu dalam kesedihan"
"Alim, Ayu minta maaf andai Ayu banyak lukakan hati Alim. Tidak sedikit pun terniat untuk melakukannya.
Mulai dari hari ini, Ayu akan meneruskan kehidupan Ayu seperti biasa dengan semangat yang Alim selalu berikan tika Ayu bersedih dulu. Terima kasih dan Ayu sentiasa doakan Alim dirahmati oleh-Nya" perlahan-lahan Ayu bangun meninggalkan kawasan itu. Sekuntum mawar merah terletak cantik di atas tanah
perkuburan itu. Selamat tinggal sayang, moga bahagia dikau di sana!
Kawasan perumahan Subang itu bingit sekali. Kelihatan para ibu dan bapa bertungkus lumus menyiapkan persiapan bagi majlis itu. Haji Nasiruddin dan Hajah Najihah masing-masing sibuk menguruskan persiapan bagi menyambut
menantu mereka. Hari ini, 14hb Febuari anak gadis mereka Ayu Natasha akan menjadi raja sehari. Setelah setahun dia berkabung di atas pemergian Alim, kini pintu hati anaknya terbuka untuk menerima pinangan yang sudah masuk kali ke-3 itu. Setelah upacara akad nikah dijalankan, pengantin lelaki lalu masuk ke bilik
untuk membatal air sembahyang. Ayu hanya tersenyum bila jemarinya disentuh oleh jejaka itu. Sempat jua si jejaka membisikkan sesuatu pada isterinya itu
"Terima kasih kerana menerima abang akhirnya.Izinkan abang menjaga Ayu buat selamanya"Ayu hanya tersenyum sambil memandang ke arah Hidayu yang tersenyum girang padanya!
"Bila saja halangan menimpa
kerna cinta ada ku masih setia...oh..
hanya dikau dan asmara membuat hidupku bagai dalam syurga!"
Walau apapun rintangan dan dugaan yang Allah berikan buat insan yang bercinta, percayalah jika jodoh telah tersurat, pasti akhirnya bertemu juga!"
TAMAT.