Wednesday, December 2, 2009

Realiti Hidup `Friendster Part 6 (Tamat)

“Alo, imah”..
“W’salam….”
“Hihihi, a’kum..sori!.. er…ko free tak petang ni?”
“Boleh lah,..nape..nak jalan ye?”
“Tak…. Er..ble tak ko potong rambut adik aku fatin?”
“Ok..no hal.., tolong bawak gunting sekali. Gunting aku dah tumpul…ok..”
“Ok..bye.”
****

“Oik…dah panjang rambut fatin yek..nak potong macam mane ni akaknya?”,..soal ku. Maziah sibuk membelek2 majalah.
“Alah..potong ikut ‘taste’ ko lah..”, tanpa memandang ke arahku.
“Ok..akak nak potong, style ‘apple’ nak tak..kite bagi pendek ,bole?”
Fatin mengangguk2, entah faham ke tidak.
“Cantik rambut adik ko ni maz..lembut jek… rambut ko keras giler…berdarah2 tangan aku menggunting..”
“Cilaka…ko..!”

Aku jadi tukang gunting tak bertauliah, berjinak2 masa aku kecil sehinggalah dewasa. Pernah dulu, gara2 nak ‘try test’, telinga sepupuku aku yg masih kecil ketika itu tergunting, tidak disengajakan. Apelagi, jadik isu besar dalam hal kekeluargaan. Biru juga badan aku ni, kena hayunan mak. Walaubagaimanapun, mak pun mula memberikan kepercayaan kepada aku, untuk menyentuh rambutnya. Maklumlah ‘skill’ memotong tue semakin tajam. Sehinggalah kawan2 yang nak potongan free datang umah tanpa segan silunya..heh.. . oleh dek kerana minat, aku ‘ok’ saja.

“Pernah tak aku citer pasal kak salina.”, tetiba maz memecahkan kesunyian.
“Citer ape?”
“Takper..sambil ko gunting rambut…ko dengar citer nie ye. Dulu akak salina tue tak tinggal dengan kita org. dier ader keluarga angkat nya sendiri.”
“Dari kecik ke kak salina tak duduk ngan korang ?”

“Bukan macam tue. Macam mana nak terang yek. Macam ni, em.. ade satu famili tu, dah lama kawin tapi, takder anak.. mak aku ni plak terlalu subur, tiap2 tahun..lahir sorang demi sorang..heheh.. . nak dijadikan cerita famili ni berkenan ngan akak aku, .. mak tak bagi, tapi memberi kebebasan kepada kak salina tinggal dengan diorang. Akak aku tue, suka2 hati lah.. nak tinggal mana dia nak.”

“Ohh..gitue ya.. lepas tue..”
“Lepas tue…three!”
“Eik..buat lawak plak..”
“Ok..ok.. lepas tue, adelah satu kejadian yg tak dapat dilupakan oleh akak aku..sehingga buat dier trauma, fobia,..and hampir..giler.hehe..”
“Sampai hati ko..”
“Sori..main2 je la..”
“Kejadian ni berlaku, semasa akak aku tidor di rumah keluarga angkatnya.”
“Apa?!!!..aku rasa aku ble teka..heheh…, bapa angkat ko..buat dajal ngan akak ko..betulkan??!!..”, citer macam ni memang selalu berlaku. Harapkan pagar, pagar makan padi..

“Ishh… blue nya otak ko ni mah!.. ayah angkatnya tue sayang giler ngan akak aku tue…”
“Mana ko tau?”
“Mak aku citer..”
“Habis tue, ..ko kata kejadian semasa akak ko tidor rumah diorang.”
“Ni aku maleh’ nak citer ni..belum pun habis ko dah buat kesimpulan. Potong stim’ la lu..”
“Sori…teruskan2….”
“Tengah2 malam..tue, akak aku dan mak angkatnya menonton tv. Ayah angkatnya kuar. Dalam lebih kurang 2,3 pagi, tue ayah angkatnya balik. Tapi….!!!! Dalam keadaan dasyattt!…”
“Kenapa?”

“Badan nya berlumuran darah!Akak aku dan mak angkatnya memang terkejut giler.”
“Astaga..ape jadi..?”
“Lepas..ayah angkatnya membersihkan diri. Dia keluar dan duduk dengan diorang. Akak aku masa tue, dah tak ble nak bercakap. Takut agaknya. Ayah angkatnya terangkan satu-persatu ape yang dia buat.”
“Dia buat ape?”
“Dia bunuh orang!”

“Ya tuhan….dia bunuh orang?…tapi apsal dia relek je yek?..Dracula ke?”
“Sebenarnya kejadian ni berlaku sebab, orang yang dia bunuh tu, telah memalukan ayah angkatnya. Ayah angkatnya pergi kedai pompuan tu. Nak beli barang tapi, masuk buku kira2… ko taulah orang kampung masa dulu2. pompuan ni plak, mulut jenis takder insurans. Sesedap rase jek nak malukan bapak angkat dia. Mungkin kerana dendam, dia bertindak sedemikian.”
“Erm..macam mana dia bunuh pompuan tue, and one thing, pompuan tue takder family ke.. Husband nya kemana?”

“Part ni..yg aku nak story ni. Dia pegi umah pompuan tue tengah malam. Aku tak berapa jelas sangat. Tapi yang aku tahu, masa akak aku citer.. diorang bergelut dulu. Dia tikam pompuan tu bertubi2. mungkin kerana dia dikuasai syaitan masa tu, x cukup dengan tikam orang tu, dia kerat2 dan potong, untuk dimuatkan dalam guni. Lepas tu, menurut akak lagi, guni tu dia buang ke laut. orang kampung jumpa guni tue terdampar di tepi pantai, and satu lagi orang kampung heran ..kedai pompuan tue tak bukak selama beberapa hari. Dan yang paling dasyat sekali dengan ayah angkat akak aku ni, dier sanggup makan hati pompuan tue..dek kerana sakit hati yang teramat sangat… psiko giler!

“Ya tuhan…ohh…dulu ko tinggal di pulau ye..diorang keje ape masa tue. Polis tak siasat?bapa dier kena tangkap ke tak? Satu lagi dari tadi aku tanya family dia mana?”

“Dier andartu lah. Bukak kedai dekat kampung aku. Pasal asal usulnya aku tak tau lah sangat. So, moralnya…jangan la menyakiti hati sesape.. Anytime, anywhere and any place… nanti next, might be you!.. pasal polis, rasanya kes nya dah ditutup sebab satu, tak dapat kerjasama orang kampung, kedua tak dapat cari bukti.”
“family ko kan tahu..apsal tak bagi tau polis.”
“Masa tue, ayah angkat akak aku ni digeruni. Entahla kenapa.”

“Sekarang dia masih jumpa akak ko tak?..”
“Lepas kejadian tue, diorang dah blah dr kampung kita org.. dan sehingga kini masih menjadi sejarah. masa tue tahun 1985, tak silap aku la.. Aku pun dah tak pernah ke pulau tu, semenjak kita org pindah kesini.”, akhiri maz.
“Aiseh…. Kalau aku jadi akak ko tue,,bole trauma jugak..la.”
“Wei…ok lah nak balik ni. Penat aku bercerita, haram ko hidang air pun tak..”
“Eh…sori..jap aku nak gi amik.”

*****

Terbayang2 kisah pembunuhan tadi . tak sangka..ader juga orang macam tue. Dek kerana dendam sanggup makan hati manusia..ish..Dracula!


tit..tut
YM
Tiger wood : hello
Im : hi
Tiger wood : lama tak chat?
Im : biase la bz women.
Tiger wood : eleh.. kita tengok dia online, saje tak nak sapa kite.
Im : mane ader. Online tak semestinya imah. Abang imah kot..
Tiger wood : what ever la.. nak gula2.. saya tengah makan gula2 hacks ni.
Im : boleh gak. Tau tak maksud hacks tue?
Tiger wood : ape dia ?
Im : HANYA AKU CINTA KAU SEORANG!
Tiger wood : ohh ye…….?heheh terima kasih.
Im : perasan.. ko makan gula2 hacks warna hitam tu ke?
Tiger wood : eh..pandainyer…mcm mana imah tau?
Im : cuaca kat sana panas tak?
Tiger wood : terik.
Im : erm.. kete awak parking tengah2 panas tak?
Tiger wood : ya
Im ; ikut petua imah,… luah balik gula2 tue dekat depan cermin kete. And tengok lah hasilnya.
Tiger wood : ko nak cermin kete aku retak yeh.. eleh.. ‘Trick’ lama imah oiii..
Im : saje.

Malu juga dia dapat tahu. Aku ingatkan aku and the geng je tahu pasal tue… ramai juga budak2 dajal masa sekolah dulu..
Tiger wood : tue lah..nak jadik gengster tak bertauliah. Nak kenakan org..konon. ini sifu, taiko..segala samseng di malaya.
Im : kerek ..ngan aku. Gtg, Blah…
Tiger wood : w’salam.
Erm...
****’

Penat otak aku menelaah dictionary book. Adepun online translation indon-bi. Mane lah sama.. takpelah bersusah-susah dulu..nanti lancar2 BI kemudian... david ni pun satu, cepat sangat reply. Belum sempat aku nak relek.
Hi Im!

Am happy to hear back from you... yes I'd love to learn a little bahasa
melayu - I'm going to KL very soon, but of course I cannot expect to
learn the language so quickly... I'm actually arriving next weekend and
staying a week! For a birthday present, to myself. 
What part of Mayalsia are you from? I'm from Brisbane, a major city
near the east coast of Australia. In my free time I practice music (I write....
There’s a website address at the bottom of this email but it's an old
Website)

Hope to hear from you soon!

Cheers

***


Boleh tahan budak2 nie. Rajin juga buat keje rumah. Semua betul. Aku gerenti punya mesti mak ayah diorang tolong. Tulisan ni pun, macam tulisan orang dewasa. Lebih cantik dari tulisan aku. Erm,.. macam mana budak2 nak maju.. ish..ish..
Aik.. terselit plak kertas ni..

buka kain, nampak bulu
buka bulu, nampak biji,
buka biji, nampak batang..
teka?

Akhirnya rutin harian ku duk belek Foto foto gedik dan mengedit foto diri ku sendiri berakhir setelah line internet ku dipotong sebab tak bayar bil hehehe lagipun skrg aku da bersara dalam bidang tenet mentenet
rasa rindu gak kat YM, tapi apakan daya..aku pasrah
Fuuhhhh..siap pun..boleh relek la lepas ni..! Yebadabaduuu… :)