Wednesday, December 2, 2009

2 Insan Part 13

"Assalamualaikum, leh saya bercakap ngan Ayu?"
"Waalaikumussalam. Yup, bercakap!Sape ek?"
"Wah, sudah lupe kat orang ek!Teruk betul"lantas mereka berdua ketawa.
"Ala, orang tuh yang sombong. Baru ari nih nak call kite"
"Yue, Alim bz arr.Anyway dah cakap ngan Papa pasal tue?"
"Erm..dah!Mengamuk orang tua tuh"
"Alim dah agak dah!Ape yang bleh Alim buat...keje makin menimbun. Oh, ya! Next week Alim nak p Langkawi. Alim dapat handle projek restoran eksklusif kat sana"
"Yer ker?Al-hamdulillah!Baper lamer?"
"Ader arr dalam 3 minggu. Nak pesan ape-ape?"
"Pesan?Em...jaga diri elok-elok dan solat jangan tinggal ek!"
"Ok,Ayu Alim nak tido nih.Take care, bye!" Ayu hanya merenung handphonenya. Patutkah aku memberitahu Alim tentang Hadi?Ayu menjadi serba salah bila mengenangkan semua itu. Apa yang perlu aku buat sekarang?Akhirnya Ayu terlena dengan persoalan yang tidak terjawab.


"Saya akan ke Langkawi wak"kata Hadi sewaktu mereka sedang enak bersantai di tepi tasik.
"Bila?"
"Esok petang"Ayu hanya termenung.
"Eh, wak. Pesal nih?"
"Nothing. Kita balik nak?Gipon dah nak Maghrib nih"Hadi hanya menurut. Ntah mengapa sejak dia bertemu Ayu hidup dia kian ceria. Masih terngiang bebelan ibunya beberapa hari yang lepas.

"Camna ngan Ayu,Muhammad?"
"Ok jer"
"Maksud mak dia tuh dah berpunya ker?"
"Nape mak tanya camtu lak?"
"Yer arr. Mak rasa tak manis kalau korang berdua asyik keluar jer. Manalah tau kot-kot Ayu tuh isteri atau tunangan orang ker"
"Mak, jangan arr pikir camtu. Ayu tuh biasanya tak berahsia ngan saya. Jangan risau arr"
"Mak bukan apa cuma nasihatkan ajer. Mak taknak kamu jadi cam dulu. Kalau betul dia tuh belum berpunya, masuk jer arr meminang.Mak pon dah lama berkenan ngan si Ayu tuh cuma jodoh kamu ngan dia jer yang takder"Hadi hanya terdiam mendengar kata-kata ibunya.
Apa yang harus aku buat sekarang?Betulkah Ayu belum berpunya?


Pemandangan di Langakawi sungguh indah. Ramai orang kelihatan bermandi manda di pantai dan ada juga sekadar memerhati. Hari ini juga merupakan hari pertama Hadi di sini. Tepat pukul 9 pagi nanti dia akan bertemu dengan engineer yang bakal menyelia projek restorannya di sini.Setelah memastikan semua peralatan yang perlu dibawa ada kesemuanya, Hadi melangkah menuju ke lodge
Kasawari. Dia berharap dia akan mendapat kerjasama yang baik di antara pihaknya dengan syarikat tersebut.


"Hah itupun En.Hadi kita"kata salah seorang dari staff di situ yang menyebabkan semua mata terpaku padanya.
"Assalamualaikum. Maaf kalau saya terlambat"
"Waalaikumussalam. Tidaklah. Kami pon baru jer sampai"
"Oh, ya!Perkenalkan inilah anak buah saya yang the best tuh En. Hadi. Namanya Abdul Halim"Tan Sri Johar memperkenalkan Hadi kepada Halim. Mereka berdua tersenyum lalu berjabat tangan.Masing-masing tidak mengetahui mereka punya hubungkait di antara satu dengan yang lain!Perbincangan mereka tamat 2 jam selepas itu. Masing-masing nampaknya berpuas hati dengan prestasi kerja mereka. Esok mereka akan ke tapak projek di mana projek itu telah mula dibangunkan. Hadi tidak sabar-sabar untuk melihat impiannya itu. Hari itu Hadi hanya duduk-duduk di hotel. Setelah makan malam dia bersiar-siar di sekitar
kawasan pantai.
"Assalamualaikum, sorang je En. Hadi?"Halim yang kebetulan bersiar di situ menegur Hadi.
"Waalaikumussalam.A'ah, sorang jer. Eh, tak payah arr berencik-encik. Panggil Hadi jer, k"
"Erm...OK!So,camna dengan discussion kita tadi?"
"Bagus.Saya suka dengan hasil kerja awak. Tak sabar rasanya saya nak melawat tapak esok"sedang asyik mereka berborak tiba-tiba handset Halim berbunyi.Setelah bercakap seketika Halim kembali mendapatkan Hadi.

"Maaf, ada call tadi"
"Takper. Erm...senyum jer nih. Mesti orang rumah ek?"
"Eh, tidaklah. Tunang saya"
"Oh,congratulation!Bila nak makan nasi minyak?Jangan lupa jemput ek!"
"Insyallah. Susah nak cakap...bertunang dah setahun but takder rezeki lagi nak bernikah"
"Hehe...lamer tuh!Jangan tunggu lama-lama En. Halim, nanti melepas!"mereka seraya ketawa. Malam itu mereka berdua menghabiskan masa mereka berborak dan bergelak ketawa.


"Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, mak ader?"
"Waalaikumussalam. Mak nih. Pekabo?"
"Al-hamdulillah, baik mak. Ayu camna?"
"Ntah, Ayu asyik sebut nama kamu jer. Rindu gamaknya"
"Dia ader mak?Panggil sat"lantas telefon bertukar tangan.
"Hello Papa"
"Hello sayang!Sayang papa apa kabo?"
"Sihat jer.Papa bila nak balik?Ayu rindu"
"Tak tau lagi sayang. Sayang jaga diri sayang elok-elok ek!Papa pon rindukan Ayu"
"Papa cepat balik ek!"
"Ok, take care. Jangan nakal-nakal ek!" Hadi berasa sebak mengenangkan anaknya itu. Bukan dia tidak pernah berjauhan dari anaknya namun ini kali pertama dia ke out station lebih dari seminggu.Bukan dia tidak mengajak maknya mengikut
namun maknya lebih suka duduk di rumah dari berjalan.


Petang itu seperti biasa Ayu akan ke taman menemani Adi dan Ayu bermain-main. Melihat kemurungan Ayu, Ayu menjadi pelik.
Segera dia merapati anak kecil yang duduk termenung itu.
"Yue, nape nih?"
"Yue rindukan papa"
"Papa tak call Ayu ker?"
"Call tapi Yue nak jumpa papa. Mama Yue, jom kita pegi Langkawi nak?" Ayu terkejut dengan persoalan anak kecil itu.
Langkawi?
"Jom arr, mama Yue!Mama Yue bleh tulon Yuekan?"
"Erm...oklah sayang. But kita pegi kejap jer ek!Mama Yue ada banyak keje nak wat,k?"
"OK"segera anak kecil itu memeluk Ayu.Walaupun Ayu serba salah namun kerana kasihankan anak kecil itu maka terpaksalah
Ayu memenuhi permintaan itu.Esok dia, Ayu dan Adi akan berangkat ke Langkawi di mana tanpa disedari bakal ada
cerita yang tragis berlaku.


Cahaya matahari dan pemandangan yang indah menyambut kedatangan Ayu di Langkawi. Sempat juga dia melelapkan mata sewaktu perjalanan ke hotel. Biasalah berjalan dengan kanak-kanak nih, banyak kerenahnya! Sesampai di hotel, kelihatan Hadi sedang menunggu mereka di lobi.Berlari-lari Hidayu ke arah bapanya dan disambut mesra kemudiaannya. Ayu cuma memerhati sambil tersenyum.
"Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh"
"Waalaikumussalam"
"Sorry arr kalau anak saya nih menyusahkan awak"
"Takper. Lagipun saya sendiri dah lamer tak pegi holiday"
"Eh, jom saya tunjukkan bilik awak!Rehat arr dulu. Petang nanti kita kuar jalan-jalan, k?" Ayu hanya menggangguk. Sesungguhnya dia memang berasa penat kerana dia tidur agak lewat semalam. Ditambah pula dengan kerenah anak buahnya dan Hidayu membuatkan dia tidak menang tangan melayan mereka. Selepas Asar Hadi
membawa Ayu serta kanak-kanak itu melawat di sekitar pekan Kuah. Sempat juga mereka menziarahi makam Mahsuri serta singgah di perigi tujuh. Setelah penat berjalan, mereka berehat-rehat di sebuah gerai di pekan Kuah.

"Bagaimana dengan projek awak tue?"Ayu sekadar berbual mengisi kensunyian yang ada. Adi dan Ayu pula waktu itu sedang bermain-main di tempat permainan kanak-kanak di situ.
"Al-hamdulillah, berjalan seperti yang dirancang. Berminat nampak?"
"Ayu just tanya jer. Itupun salah ker?"Hadi hanya tersenyum.
"Erm, tak berubah lagi perangai awak nih ek?Kuat merajuk"Ayu hanya mencebik diikuti tawa oleh Hadi.
"Eleh, awak pon sama gak"
"Ape yang samanya?"
"Gigi awak cantik cam dulu gak" seraya mereka berdua ketawa.
"Erm, esok saya nak ke site. Nak ikut?"
"Nak jugak but camne lak ngan budak-budak tuh?"
"Lorr, bibikkan ada. Kita pegi esok ek?"
"Ok" Hadi hanya memandang mesra ke arah Ayu. Sesungguhnya tanpa mereka sedari cinta yang pernah terkubur itu muncul kembali!