Petang itu aku dikejutkan dengan kehadiran oleh ‘monster’ yang suka mengganggu hidupku…
Aku bukannya nak jual mahal, tapi kekadang sikapnya yang tidak sopan membuatkan aku benci dan meluat dengan gelagatnya!
Bayangkanlah, dah la kuat makan (sebab tu ‘boroi’), banyak cakap lak tu.
Terus terang ku katakan, aku ni bukanlah suka sangat mengejek..tapi dah memang itu sikap lahiriahnya.
Jadi salahkah aku mengatakan demikian?
Ada satu hari tu…dengan berani dia nak memegang pipiku yang mulus ini!..
(tak la, licin sangat pun... frenku Maziah menyarankan agar suntik vitamin C. tapi aku tengok dekat tv 3, mcm sakit semacam jek.
Aku ni dah la pantang tengok orang kena suntik…walaupun cantik ..aku tak nak sengsara, no way…sakit siutt !)..
Nak sambung citer si monster ni…
Memang biadap…aku pun tak tau la tang mana dia berkenan dekat aku..
tapi memang hampeh..
Paling aku hampeh dia rapat sangat ngan abang aku ni..
kuat mengampu ya rabbi!..abang aku ni lak..satu hal…macam x de member lain nak bawa main tennis tu..balik2..si ‘monster’ ni juga..tensen..!
Ya aku akui n’ puji la,.monster ni memang pandai pun dan sesangat la ‘terror’ main tennis..walaupun perut boroi’.. memang aku tabik spring’ dengan dia ni.
Tapi,..sifatnya agak melampau!bengang beb dibuatnya..
Berbalik kepada citer tadi..
Pada suatu petang mamat ni datang la umah…
Aku kalau dekat umah pakai baju T n seluar pendek dh memadai..bukannya selalu pun, mungkin dah kebetulan monster ni datang.
Sebab aku fikir nak duduk rumah je masa tu..x de niat nak jalan kemana2.
Monster ni datang mengejut..
Tanpa memberi salam, serbu masuk rumah orang suka ati kepala Jin dier je…
Mak aiiii…aku pun terkejuz beruk dibuatnya..
Bukan main sengih ‘gatai’ lagi depan aku…
“Mm…imah,..lawa yek hr ni”….(sambil angkat2 kening)
Entah ler..aku pun tak pasti itu puji benor ke tidak..sebab masa tu rambut aku kusut masai. Tak sempat pun nak ikat dengan baik..
Ishh memang meluat…
“Weiiii…x reti nak ucap salam ke…??!!”
“Amboi…marah ke?..”
“Abg fiq ko suruh amik bola tennis..takkan x ler…imah tulong ambikkan ble…?”
“Pergilah amik sendiri, dalam bilik stor!!!”
“Alah..imah ambikkan lahh tuk abag”..(sambil pegang perutnya berusia, ku kira kalau pompuan mengandung 5 bulan)
Mataku terbeliak!!..he’eler meremang bulu romaku…
Dia gelarkan dirinya abang?…
Mak aiii….sakit nya ati..
Aku berlalu tanpa menoleh ke arahnya.
“Nah,..lain kali kalau nak datang ucap salam dulu tau”, bentakku..
“Terima kasih..abang pergi dulu ye..”
Aku menutup langsir dan berlalu pergi..
***
Kul 10.16 malam
Beep, beep…
Aku terima mesej dr is..
Aku tersenyum sendirian..mmg sangat2 gembira..
Msg dr orang yang aku admire melalui gambor…heh
‘Miss you’…
Walaupun singkat , tapi amat bermakna bagiku..sama ada ikhlas kata2 nya atau tidak aku pun tak pasti..
Aku membalsnya kembali…
‘Miss ya 2. : *)’…
**
Aku banyak menerima mesej dr teman2 ku..
Semuanya dengan bangga menceritakan pekerjaan masing2..
Aku??…ntahlah…tunggu orang masuk meminang ..heh
Paling aku ‘sadis’ giler bila diorang tanya pasal diriku..
Nak buat cam mana…dah nasib..
Memang kesian nasib ku..
‘Holla’ , panggilan dari Maziah.
“Ade apa maz”, satu2 nya teman paling setia dan senasib dengan ku.
“Wei, ko nak tak jadi guru tadika?”
“Em,, bole.’
Aku tak berapa sukakan budak2.
Tapi, dalam keadaan sekarang takkan aku nak memilih kerja. Sekurang2 nya aku dapat duit poket sendiri daripada bergantung dengan mak.
Abang Fiq kedekut, mintak dia isi ‘kredit’ telefon pun bising.
Memang berdendam dengan dia ni!
Aku memang berbangga dengan mak. Maklumlah anak bongsu. Satu2 nya anak perempuan dalam keluarga. Menjadi kesayangan semua kecuali abang fiq..!..heheh.
Sambung perbualan aku dengan maz tadi..
“Habis tu engko?”
“Alahai, vacancies for two, kita pergi esok..lagipun guru besar dekat situ mak aku kenal. Jangan risau aku ada ‘link’ orang dalam..heheh”..maziah cuba meyakinkan aku.
“Ok, kau ambik aku esok.”
“Alrite”..bye
‘Tut’, aku matikan talian..
Terbayang2 kerja sebagai guru tadika.
Aku pastikan jadi ‘great teacher Nur Aziemah’..mcm GTO tu…
Memang semangat. Profesion sebagai guru bukanlah minatku, tapi..apa pun kena cuba utk hidup. Sambil tu kena cr keje lain.
Mak cukup gembira, tetapi berlainan pula dengan abang.
“Si imah ni jadi guru mak”, abang bersuara menyindir.
Aku yang tengah makan ice cream, mengerling geram dengan abang. (ice cream walls, kumpul 200 mata..nak menang hadiah)..
“Kesian budak2 tu nanti mak, kena dera”..
“Ko patut bersyukur, imah dah dapat kerja esok ko tak lah bertengkar dengan dia. Engkau juga yang seronok x yah nak tambah kredit adik ko ni”..jelas mak panjang lebar.
“Bab ni aku paling seronok, mak memang sentiasa backing aku”
“Iyer la tu”, abang fiq berlalu pergi.
Geram agaknya tak dapat kenakan aku.
Abang fiq ni menang serba-serbi perfect.
Bijak, berkerjaya, tapi x hensem.
Setakat dia banggakan muka cam ‘Yezzza..’ala si Jimmy tu.., rasanya Jimmy lagi hensem.
Masih single, umor 27 tahun. sesuai sangat cari bini. Malangnya abang aku ni lain sikit.
Pompuan yang ngurat dia dulu. X pandai tacle’ pompuan lansung. Aku tengok dia ni x berminat sangat nak kawin buat masa ni. Ntahlah,..mungkin abang aku ni ade cita2 lain kut…
Apa2 pun itu hidupnya..Malas nak masuk campur.
**
Sejak kebelakangan ini is ngan mee x mghubungi aku lansung..
banyak keje kut.
Aku x nak bagi msg dulu..
Malas,..biar diorang yang tanya khabar aku..
Nak jual mahal sikit..ego seorang wanita ..Hihihi
Buat masa ni, aku x la sunyi sgt..
Ijam , salah satu rakan friendster aku memang kerap call.
Katanya x ble nak tido, sebab rindu.
Em, mmg x leh caya mamat ni.
Angau ngan pic friendster tu.
X sabar2 nak jumpa aku.
Aku cuba nak jelaskan, tapi… (nantilah.. setan bertanduk asyik nak menghasut. Aku memang berdosa sebab rela mengikut.kueng,kueng.)
“Syukurlah, imah dah dapat keje,” mak tiba2 bersuara.
Mak menguak pintu bilik sambil duduk di hujung katil aku.
Masa tu aku tengah melayari ‘k-games; Tokei kedai..
“Bukan senang dapat kerja sekarang ni,” sambung mak lagi.
Mesti ade ape2 ni. Mak kalau berperangai macam ni mesti ada hajat nak cakap dengan aku.
Tanpa menoleh ke arah mak, aku. mengangguk tanda faham.
Antara dengar dengan tidak, aku memang khusyuk dengan permainan ‘space war’.
“Imah pakai tudung la ye kalau g kerja nanti”,..Mak bersuara lembut.
Aku terhenti dan terkasima seketika.
Mak dah lama menyuarakan hasratnya itu. Malah sebelum aku masuk‘U’.
Aku tak pernah janji dengan mak, tapi untuk menenangkan hatinya aku sentiasa mencari alasan yang kukuh.
Kali ini aku benar2 tersentuh. Mak memandangku dengan penuh harapan.
Aku bukannya tak nak pakai tudung. Entahlah, nak kata rimas..tak juga..Cuma bagi ku belum tiba masanya .
“Kenapa diam,?” mak menyoalku.
“InsyaAllah mak..imah akan pakai”
Mak keluar dengan senyuman yang kelat. Mak aku dah penat dengan jawapan yang tak meyakinkan itu. Aku sendiri pun tak pasti. Apapun, terserah sama ada hatiku tergerak memakai tudung pada hari pertama bekerja ataupun aku masih seperti dulu.
**
“Bosannyaa…”.
Banyak perkara yang bermain-main dalam fikiran ku.
Aku mencapai buku-buku pemberian mak dan abah.
Setiap kali menjelang harijadiku mak dan abah sentiasa memberikan hadiah yang serupa setiap tahun.
Hadiah pemberian mak dan abah, bukan sembarang buku weiii…
Buku2 agama dan buku2 motivasi!!
Walaubagaimanapun, aku tak pernah tak menghargai, malah setiap buku2 pemberian mereka akan ku baca. Terpaksa..hhih.
Kalau x baca, dapat hadiah spesel dr abah .. hadiah berupa tekanan, seperti no internet dan hand fon dirampas!
Aku x ble tahan dengan semua tu. So nak tak nak kena baca juga. Sebab abah akan soal nanti.
Tahun 2004, mak dan abah meberikn hadiah buku bertajuk ‘senjata rahsia org mukmin’.semua doa2 amalan harian..
Buku ni..aku tak baca sangat la. Cuma aku tertarik dengan satu ayat dan sekali sekala mengamalkannya apabila dihadapan cermin.
Doanya berbunyi begini “allumma ahsanta halqi fa’ahsin khuluqi”..maksudnya, “ya Allah sebagaimana kau indahkan wajahku, perindahkanlah pula perangaiku.”
Afdal sangat utk aku mebacanya, sebab perangai ku tak seindah rupaku..cewaahhh..
“Imahhh….telefon”, nyaring suara abang memanggil.
“elo…,”
“Holla, cipanzi…kau bt pe? Aku bosan la…,” maz memulakan bicara.
“Ya tapir..aku bosan juga..jap ye…tolong tutup telinga ko jap.
Abang..!!!! tolong letak ganggang..jangan nak menyibuk..ini hal org pompuan!!!!..”.
“Tapppp!!” kasar bunyinya..abang meletak ganggang.
“Ello, haa, tapir…sori..macam ko tak tau abg fiq tu..penyibuk. ko ade citer ape ?..bosan la Freshie High.School dah tamat, sanay wala pun sama”.
“Ye la..kalau x bole gak aku lepak kat rumah kau”
“Em..ko nak tau aku rindu la dekat hakimi”, tanpa segan silu woo.. ckp mcm tu.
“Oii, minah budak tu dah couple..jangan kau ganggu org yang nak bina…bina..er..kalau dah kawin bina masjid kan..kalau bertunang bina ape yek?..
Aaa…bina surau!…hehehe…, aku memang suka kenakan maz.
Hakimi yang digilai maz semasa di ‘U’ dulu.
3-tahun minah ni jadi ‘Secret Admirer’ budak kimi ni.
Kimi couple dengan mana2 pompuan sekalipun…maz tetap dan masih menggilai kimi.
Aku tengok kimi tu x la hensem. Tapi minah ni sekor ni gila juga dekat mamat ni.
Aku pun x pasti.maybe ‘love is blind’!
Bayangkan lah kegilaannya terhadap hakimi..setiap kali mula semester baru, aku yang penat2 salin jadual utk kami..berdua..
Si maz ni plak sibuk2 salin jadual kimi tu..
Bukan tu je, dalam 2 , 3 hari kimi x datang kuliah, dier plak sibuk2 bertanya sana sini..
X ke giler namanya tu.
Kekadang kena menunggu berjam2 kimi lalu baru kita orang g kelas…adehhhhhh..memang minah psiko!..
Aku masih ingat lagi masa kimi x dtg seminggu. Kimi balik Sabah, sebab ade hal kecemasan.
Masa tu aku, maz n the geng tengah sedap2 berborak...tiba2 kimi lalu dengan geng2 dia yg x macho..Heheh
Tetiba je...c maz ni kaku..x tercakap…mata terbeliak,…dah tu x berkedip plak tu…memang memalukan!
Aku tengok muka kimi dah merah padam ‘blushing’ menahan malu…member2 dia lak…senyum2 kambing…
Ini lah satu2nya member aku yang angau…sampai ke hari ini..
Dan akhirnya pada kul 10:45 malam...maz menelefon ku semata2 berbicara pasal kimi...
X lama lagi aku yang gila…
Sebab dpt kawan yg ‘gila meroyan’ mcm dia ni…
Agak2 nya wujud lg x pompuan mcm maziah ni?..
**
Hari ini kakak angkat berkunjung ke rumah.
Kakak azlyn merupakan kakak angkat ku semasa di tingkatan 5.
Masih ku ingat detik perkenalan kami.
Masa tu aku melanggar disiplin sekolah.
Abang fiq punya kerja la..
Bangun lewat sangat, dier kerja kul 10pg. Aku mula kelas kul 6.45 pagi.
Dalam seminggu tu, aku lewat sekurang2 nya 3 kali.
Amaran sudah berkali2 ku terima. Berdiri semasa perhimpunan dan macam2 denda lagi aku dapat gara2 abang fiq.
Muka aku ni dah tebal berinci2. malu bukan kepalang.
Pernah satu hari tu, denda yang paling memalukan kena menyanyi di hadapan perhimpunan.
Memang nak menangis rasanya.
“Nur Azyemah..”, tiba giliran aku menyampaikan lagu.
“..e..a.. te..te..tepuuuk amai2..”, x sampai seminit aku nyanyi budak2 nakal ketawa menggila di belakang.
Air mata dah nak jatuh,..tapi aku cover juga.
Nasib baiklah ketua pengawas kak azlyn menyelamatkan keadaan.
Dari situ kak azlyn, mula mendekatiku. Siap nak offer jadi adik angkat.
Kini kak azlyn sudah mempunyai kerjaya sebagai pendidik.
Dasyat2..mak cuba kenenkan dengan abang, aku 100% mmg setuju, apatah lagi kak azlyn..sesangat la setuju.
Aku rasa dia nak kenal dengan aku ni pun sbb abg.
Aku mula syak apabila tiap kali abg fiq hantar pagi2, kak azlyn dengan rela hatinya menunggu di depan pintu masuk sekolah.
Aku memang dah agak..tapi, buat bodoh..sebab memang abg aku sorang ni digilai ramai wanita.
Bagi pihak abang lak..no respon. Ntah kenapa. Kak azlyn tu lawa juga. “Chinese look mehh”..cute.
Tapi nak buat cam mana hati x ble nak paksa. Kan…?